SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kisah Mimpi Yang Tak Sudah

“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.”Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.


“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.”Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.”Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.

“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
hahahahaha…….

p/s: memang gatai nak kawen sangat nih…hehehe









Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info percintaan dengan tajuk Kisah Mimpi Yang Tak Sudah. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/05/kisah-mimpi-yang-tak-sudah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 24/05/13

5 komentar untuk "Kisah Mimpi Yang Tak Sudah"

  1. Tanpa Nama3.8.13

    lawak gla.. hampir egt btol

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama26.4.14

    Ingat kn kisah sedih tadi. ..da lh air mata ni nk kuar x jdi...tb lucu lh cite ni...

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman