SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Video Pemberontak Syria Makan Daging Askar Yang Terbunuh

Klip video 27 saat memaparkan seorang individu dipercayai dari kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menjamah organ mentah manusia yang didakwa tentera Syria, disahkan sahih.Seorang lelaki dipercayai askar kumpulan tentera FSA memakan paru-paru seorang tentera Syria.



Dalam temu bual majalah Times, seorang ahli kumpulan Abu Sakkar, Abu Khalid al Hamad mendakwa, video tersebut adalah tulen.Video itu memaparkan, seorang kanibal dari askar FSA memotong badan seorang lelaki lalu mengambil organ jantung dan memakannya.


Seorang pakar bedah yang melihat video tersebut juga mengesahkan organ terbabit adalah jantung.Timbalan Pemerhati Hak Asasi Manusia Timur Tengah, Nadim Houry menyelar tindakan itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah perang.


“Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi memastikan akauntabiliti bagi semua jenayah perang dan kemanusiaan tidak dicabuli. Negara dunia perlu bertindak tegas menghentikan perbuatan terkutuk itu,” katanya dalam laporan Reuters.



Sementara itu, di Geneva, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay juga menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘perbuatan benar-benar kejam’ dan perlu disiasat sebagai jenayah perang.



“Mencacatkan atau memijak mayat semasa konflik adalah sebahagian daripada jenayah perang. Saya menggesa kumpulan FSA di Syria supaya menghentikan perbuatan itu,” katanya.



April lalu, dua wartawan Times menerima salinan video berkenaan namun menganggapnya sebagai visual palsu untuk tujuan propaganda.


Namun baru-baru ini, mereka cuba mengesahkan kesahihan visual tersebut dan ternyata video berkenaan adalah tulen dan ia kini tersebar berleluasa di laman Facebook dan You Tube.

Saksikan video ini Pemberontak Syria makan hati seorang Askar Mati dengan memotong dadanya-http://taotauajer.blogspot.com

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info pelik dengan tajuk Video Pemberontak Syria Makan Daging Askar Yang Terbunuh. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/05/video-pemberontak-syria-makan-daging.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 23/05/13

2 komentar untuk "Video Pemberontak Syria Makan Daging Askar Yang Terbunuh"

Geng Blogger

Putera Izman