SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Aeril Zafril Terkilan Anaknya Digelar Anak Luar Nikah

SHAH ALAM - Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.

"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.

"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia hiburan dengan tajuk Aeril Zafril Terkilan Anaknya Digelar Anak Luar Nikah. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2013/10/aeril-zafril-terkilan-anaknya-digelar.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 12/10/13

Belum ada komen untuk "Aeril Zafril Terkilan Anaknya Digelar Anak Luar Nikah"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman