Baru-baru
ini kecoh apabila Penyanyi terkenal Shila Amzah didakwah melarikan
diri.Ada juga suara suara sumbang yang admin dengar mengatakan anak tak
berguna,lupa daratan dan ayat-ayat tak sepatutnya timbul.Sebagai manusia
kita tidak boleh cepat menghukum seseorang mungkin hari ini dia telah
di uji hari esok tiba giliran kita siapa yang tahu? Jika benar seseorang
itu telah melakukan kesilapan atau kesalahan kita sebagai manusia perlu
berdoa untuk ia berubah dan memberi semangat bukannya menyumpah.. ikuti
penjelasan Shila
SELEPAS pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir seminggu gagal dihubungi, penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah terkilan dengan tindakan ayahnya, ND Lala membuat laporan polis mendakwa dia hilang.Shila juga menegaskan, dia tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan.
SELEPAS pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir seminggu gagal dihubungi, penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah terkilan dengan tindakan ayahnya, ND Lala membuat laporan polis mendakwa dia hilang.Shila juga menegaskan, dia tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan.
Semalam, ND Lala membuat laporan polis setelah gagal menemui anak gadisnya itu. Tengah hari tadi polis Kajang mengesahkan Shila sudah ditemui dengan selamat oleh bapanya.Shila menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan dirinya dalam status laman mikro Twitter yang dikemas kini petang tadi.
“Awak tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, jauh dari orang-orang ini.“Kenapa saya tak boleh? Beritahu saya,” tulis Shila pada jam 4.32 petang tadi.Shila juga menegaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak hilang.
“Sekali lagi, Sha tak hilang,” tulisnya lagi.Melalui tweetnya juga, Shila difahamkan kini berada di Pulau Pinang bagi persembahannya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), esok.“Saya suka berada di Pulau Pinang… terasa seperti di rumah,” tulisnya jam 10.04 malam tadi.
Juara Asian Wave ini juga tidak bersetuju dengan tindakan ND Lala yang membuat laporan polis berhubung kehilangannya.“Laporan polis itu memang tidak seharusnya berlaku. Sigh (mengeluh),” tulisnya dalam mesej terbaru sekitar jam 10.20 malam.
Berhubung kehilangannya, Shila dikatakan hanya menghantar satu pesanan kepada keluarganya yang mengatakan dirinya selamat.namun, penyanyi ini menafikannya melalui interaksi dengan peminat.
“Lebih baik jika awak menghubungi ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan perkara yang sama. Mereka cuma risaukan awak. Selamat, berada di rumah,” tulis @dalyna88.Shila membalas, “saya melakukannya setiap hari.”-laman kongsi
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Shila Amzah Beri Penjelasan Tentang Kehilangannya. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/shila-amzah-beri-penjelasan-tentang.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 20/06/13
Belum ada komen untuk "Shila Amzah Beri Penjelasan Tentang Kehilangannya"
Catat Ulasan