SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

CEO Rugi Rm 500,000 bersama Sebiji Kereta Mewah


Petaling Jaya: Seorang pengurus jualan sebuah syarikat swasta kerugian lebih RM500,000 selepas kereta Volkswagen Scirocco bersama 10 jam tangan pelbagai jenama dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kelana Jaya, malam kelmarin.

Kejadian itu disedari mangsa yang dikenali sebagai Raymond Ko, 37, pada jam 9.40 malam selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya yang memaklumkan kejadian itu.


Menurut Raymond, turut hilang ialah wang RM7,000 dan mata wang Australia kira-kira RM2,000 yang disimpan dalam biliknya.

“Selepas saya keluar bersama isteri jam 9 malam, seorang jiran saya ternampak sebuah kereta Volkswagen dinaiki enam lelaki tidak dikenali berada di depan rumah.


“Jiran kemudian memaklumkan perkara itu kepada Kelab Rukun Tetangga perumahan, namun sebaik mereka tiba suspek sudah melarikan diri dan pemeriksaan mendapati rumah saya dipecah masuk,” katanya.


Katanya, suspek masuk dalam rumah teres dua tingkat itu dengan memotong batang besi pada pintu jeriji di bahagian hadapan menyebabkan sistem penggera tidak berbunyi.



KO menunjukkan pintu jeriji rumahnya yang diumpil penjenayah.

“Mereka masuk melalui lubang kecil itu dengan memotong dua besi pada pintu jeriji selepas memecahkan pintu kayu di bahagian hadapan.


“Untuk melarikan kereta Volkswagen saya di dalam garaj, mereka merosakkan pintu pagar automatik rumah,” katanya yang memberitahu jam tangan yang hilang itu koleksi terhad bernilai RM300,000.

Katanya, suspek hanya menggeledah tingkat atas rumah berkenaan termasuk bilik tidur utama kira-kira setengah jam sebelum membawa lari kereta mangsa.


Difahamkan, rumah berkenaan tidak diawasi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebaliknya memiliki sistem penggera rumah.





Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk CEO Rugi Rm 500,000 bersama Sebiji Kereta Mewah. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/ceo-rugi-rm-500000-bersama-sebiji.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 27/06/13

3 komentar untuk "CEO Rugi Rm 500,000 bersama Sebiji Kereta Mewah"

  1. mcm2x kn perompak sekarang nih.. org pnat2x cari duit, diorang senang je nk mncuri...ish2x

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman