SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Ku Pasrah Kerana Sikap Suami Begini



Salam Sejahtera Peminat Blog Ini Ramai Isteri Mempunyai Masalah Macam Inikan...Jom Baca...


Saya ingin bertanya beberapa pandangan daripada Dr mengenai masalah dihadapi iaitu mengenai suami yang sering meninggalkan solat Subuh dan bila dikejutkan dia cakap ‘kejap-kejap’.

Apabila saya mengejutnya banyak kali, mulalah dia marah. Jadi, saya biarkan walaupun hati sangat sedih dengan tindakannya.

Selain itu, mengenai gurauannya yang agak melampau seperti kadang-kadang disuruh mencium kakinya kerana katanya syurga isteri di bawah kakinya. Walaupun hanya gurauan, tapi saya rasa macam dihina.

Malah, dia juga apabila ditegur mengenai kesalahannya mulalah mencarut kepada saya dan buat saya seperti tiada perasaan. Saya bercadang selepas bersalin ingin duduk berasingan dengan suami. Saya betul-betul tidak tahan dengan perlakuannya.


Isteri keliru

Kelantan



Meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa besar. Ini kerana solat adalah tanggungjawab yang Allah wajibkan ke atas setiap orang Islam apabila mencapai umur baligh.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Solat itu tiang agama.” Tentu saja kealpaan terhadap tanggungjawab itu mempengaruhi perangai dan tingkah laku seseorang.

Firman Allah bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu daripada al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar...” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Selain itu, perbuatan keji suami seperti melakukan gurauan yang menghina isteri serta mengeluarkan perkataan mencarut dan sebagainya adalah bertentangan dengan akhlak Islam.

Seorang suami sepatutnya melayan isteri dengan baik. Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan wanita adalah orang mulia dan orang menghina wanita adalah orang tidak tahu budi.”

Bagaimanapun, cadangan untuk berpisah atau tinggal berasingan bukan cara yang terbaik dalam hal ini. Ini kerana puan perlu memahami setiap manusia ada kelemahannya. Begitu juga dengan suami puan.

Pada pandangan saya, puan perlu banyak bersabar buat masa sekarang. Minta pertolongan daripada Allah dalam berusaha mengubah keadaan rumah tangga dan perangai suami. Mudah-mudahan semuanya mendatangkan anugerah pahala daripada Allah.

Seterusnya Islam mengajar supaya suami dan isteri perlu berdamai dengan hubungan antara mereka.

Ini jelas apabila Allah berfirman dengan maksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya nusyuz atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia. Dan jika kamu berlaku baik dan mencegah diri (daripada kezaliman), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.” (Surah an-Nisa, ayat 128)

Pada pandangan saya, puan perlu melakukan sebaik-baik cara yang dibenarkan syariah dalam mengekal rumah tangga yang ada. Perceraian adalah jalan terakhir dalam menyelesaikan konflik antara suami isteri.


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama dengan tajuk Ku Pasrah Kerana Sikap Suami Begini. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/ku-pasrah-kerana-sikap-suami-begini.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 28/06/13

7 komentar untuk "Ku Pasrah Kerana Sikap Suami Begini"

  1. Tanpa Nama28.6.13

    Isteri itu mudah masuk syurga hanya perlu Sabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama10.7.13

      mcm mn pula dgn suami yg suke menipu isteri bile dia dah ade org ketiga??

      Padam
    2. Tanpa Nama6.9.13

      Sabar pun ade hatnya

      Padam
    3. Tanpa Nama28.12.13

      Bagaimana dgn suami yg tdk trbuka akn msalh materi.

      Padam
  2. Tanpa Nama1.3.14

    Saye rase kecewa bile suami buat saye...ny xpenting dalam idop dye?saye n anak rasew nk pegi jaoh smpai xtahan dgn sikap dyew sndiri?ap salah saye n anak?
    Smpai aty saye xnk ckap n dyew

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman