Selamat Datang Ke Blog Memang Gempaq Semoga Ia Memberi Teladan
Tawau: Empat sekeluarga termasuk ibu yang hamil tiga bulan terbunuh selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh pikap yang hilang kawalan dalam kemalangan ngeri di Batu 7, Jalan Kalabakan-Tawau, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika keluarga malang itu dalam perjalanan dari FELDA Kalabakan menuju ke Brantian.
Mangsa ialah Jefry Januddin, 30; isterinya, Suriyani Burhan, 21, dan dua anak mereka Asrah Wahidah Asdar, 3, serta Mohd Syukur Jefry, 1.
Rempuhan kuat menyebabkan semua empat beranak yang menaiki motosikal jenis Honda EX-5 itu bergelimpangan di jalan raya.
Semua mereka mati di tempat kejadian manakala pemandu pikap jenis Toyota Land Cruiser berusia 49 tahun turut cedera apabila kenderaan terbabit kemudian merempuh tiang lampu lalu terjunam ke dalam longkang dan terbalik.
Rempuhan kuat itu turut menyebabkan tayar hadapan sebelah kanan pikap itu tertanggal.
Difahamkan, pikap dipandu seorang lelaki itu yang datang dari arah Tawau tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum memasuki laluan mangsa.
Kenderaan terbabit kemudian merempuh motosikal dinaiki keluarga malang itu sehingga semua mereka melambung beberapa meter dan terbaring bergelimpangan.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pikap itu terbabas memasuki laluan motosikal berdasarkan kesan tayar.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Janji Ajal Untuk Mati Bersama Selamanya. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/janji-ajal-untuk-mati-bersama-selamanya.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 28/06/13
janganlah kita ikut hati sangat ,fikir berulang kali sebelum ambil keputusan, kita hidup dalam dunia ni dah banyak merasa keseronokanya,cukuplah buat kita , tapi anak anak kita baru saja nak mengenal dunia so kita utamakanlah kebahagiaan mereka,anak gembira kita bahagia anak menangis kita bersedih apatah anak dah tiada depan mata terasa kiamat dunia, semaga kisah ni jadi tauladan buat kita
BalasPadamsiapa yg melanggar tu,memang jahanam la hidup nya?smoga keluarga yang malang itu d berkati yang maha esa..
BalasPadam