SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kantoi Wanita Tempatan Sembunyikan Teman Lelaki Warga Nigeria


MANTIN – Seorang wanita warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan ketika pihak penguatkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen di Pangsapuri Seri Jasmin dekat sini, tengah malam kelmarin, kerana disyaki melindungi teman lelakinya, seorang warga Nigeria yang juga bersabit kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.

Dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan telah menyerbu masuk ke dalam sebuah apartmen di pangsapuri berkenaan yang didiami wanita berusia 26 tahun berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 30 tahun.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan sah dan lelaki itu juga didapati telah tinggal lebih masa di negara ini.

“Wanita berkenaan turut mengaku lelaki warga Nigeria terbabit adalah teman lelakinya dan mereka telah bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu. Wanita itu juga mengetahui teman lelakinya itu tinggal lebih masa di negara ini.

“Justeru kita menahan wanita berasal dari Selangor itu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(a)(d) Akta Imigresen kerana disyaki melindungi mana- mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta yang sama,” katanya.

Menurut Faizal, kes wanita itu akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan selepas keterangannya diambil oleh pihak Imigresen.

Sementara itu, dalam serbuan yang sama, seorang lelaki berusia 30-an telah bertindak nekad apabila terjun dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan tetapi berjaya ditahan pihak penguatkuasa.

“Lelaki berkenaan merupakan antara 12 lagi warga Nigeria yang ditahan termasuk seorang wanita di unit berlainan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“Akibat tindakan nekad lelaki itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian badan. Kita mendapati, lelaki berkenaan telah tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.

Menurutnya, semua warga asing yang ditahan itu didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen seperti tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Warga Nigeria ini berjaya ditahan walaupun terjun dari tingkat tiga pangsapuri untuk lari dari pihak Imigresen.




Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Kantoi Wanita Tempatan Sembunyikan Teman Lelaki Warga Nigeria. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/kantoi-wanita-tempatan-sembunyikan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 23/06/13

Belum ada komen untuk "Kantoi Wanita Tempatan Sembunyikan Teman Lelaki Warga Nigeria"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman