SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama



Putus cinta memang menyakitkan..Siapa yang pernah mengalaminya tahulah bagaimana rasanya(eh macam ada pengalaman je)..Biasanya pada beberapa minggu pertama,bayangan X anda pasti menghantui hidup..Asyik teringatkan dia je..Orang kata makan pun tak kenyang(tapi 2 pinggan juga),mandi tak basah(dia mandi macam bujang lapok kot) dan tidur pun tak lena…Kesian oooo bila tengok orang frust bercinta ni tapi kadang-kadang menyampah pun ada tengok sebab bila jumpa asyik masam je muka hehhe..ok saya nak kongsikan tips bagaimana cara nak mengenyahkannya si X anda dari hidup mahupun fikiran Anda?


Berikut tips-tipsnya!

1.Jangan Lagi Hubungi Bekas Kekasih Anda

Setelah Anda berdua sepakat untuk berpisah,maka jangan lagi menghubunginya.. Jangan cuba-cuba nak sms atau cuba-cuba nak menekan nombor telefonanya atau menulis e-mail kepadanya atau kirimkan CD untuknya atau tujukan lagu untuknya melalui radio jika anda tidak mahu menjadi semakin “gila” dan sulit melupakan si dia..Jika anda masih menghubungi si dia,maka dia akan tahu yang anda masih lagi ada hati dengannya dan mungkin sahaja dia tidak memperdulikan anda lantas anda juga yang akan sakit hati dan kecewa..Jadi daripada hati anda bertambah terluka lebih baik jangan mengambil tindakan apapun untuk menghubunginya.

2.Luahkan Segala Isi Hati Anda

Sediakan sehelai kertas atau beberapa helaian kertas kosong dan tuliskan apa sahaja yang ingin anda tulis.Mungkin anda hendak tulis bahawa Anda membencinya atau mencintainya,tulis sahaja segala yang ada di hati anda! Setelah itu buang atau bakar kertas tersebut.Jangan sesekali mengirimkan kepada si dia.Nanti anda akan menyesal karana mungkin dia akan menunjukan kertas tersebut kepada teman-temannya atau kekasihnya yang baru..tak pasal-pasal anda jadi bahan lucu mereka.Mungkin juga anda boleh luahkan perasan sedih dan kecewa anda kepada seseorang yang boleh dipercayaai dan rapat dengan anda..Jangan kongsikan masalah anda itu dengan semua orang..

3.Mengadu kepada Allah

Jika anda seorang muslim sebaik-baik tempat untuk anda mengadu masalah adalah kepada Allah..Oleh itu sebelum anda meluahkan rasa hati anda di atas kertas atau dengan manusia,mengadulah dulu kepada Tuhan manusia..DIAlah yang menciptakan manusia dengan fitrah ingin mencintai dan dicintai..DIAlah yang menciptakan manusia dengan fitrah hidup perpasang-pasangan…Dialah yang telah menentukan jodoh manusia sejak manusia di alam azali lagi..Oleh itu berwuduklah dan kemudian lakukan solat istikharah,mohon petunjuk Allah adakah bekas kekasih anda itu memang diciptakan buat anda atau ada insan lain yang telah Allah ciptakan buat anda..Berdoalah bersungguh-sungguh
“Ya Allah jika si dia(sebut nama x)adalah jodohku maka perbaikilah kembali hubungan kami dan permudahkanlah jodoh kami..Tapi jika dia bukan jodohku maka tawarkanlah hatiku ini dari menyintainya dan palingkanlah hatiku ini dari mengingatinya”

4.Sudah Berakhir

Sangat penting untuk menekankan di hati dan fikiran anda bahawa hubungan anda berdua sudah berakhir.Jika fikiran anda masih terbayangkan si dia dan masih berharap si dia akan kembali kepada anda,cuba ucapkan kalimat ini “Aku tak cinta lagi engkau” atau “nyah engkau dari fikiranku,kita tak akan bersama lagi” atau” engkau bukan jodoh aku” kemudian setkan di kepala anda dengan apa yang anda lafazkan.Ini juga sebgaai simbolik yang anda redho dengan ketentuan takdir..

4.Berhenti Dari Menyebut Nama Bekas Kekasih

Anda sudah berusaha untuk melupakan X anda tapi dalam masa yang sama masih menyebut-nyebut namanya..Ini akan menyebabkan anda akan kembali terbayangkan si dia dan teringat kembali nostalgia ketika bersama dengannya..Oleh itu jangan lagi sebut-sebut nama Bekas kekasih anda itu..

5.Padamkan segala kenangan

Anda perlu buang\delete semua gambar-gambar,sms,surat dan e-mail si dia..Hadiah yang pernah diberi seperti baju sebaiknya jangan dibuang..Benda elok lagikan..tak baik buang rezeki tapi kalau kerana itu akan menjadikan anda akan teringatkan kepada si dia,maka eloklah buang..



6.Jangan Minta Kembali Barang Anda

Walaupun Anda pernah memberikan cincin berlian ataupun barang berharga lain kepadanya,relakan saja.Rasa sakit Anda hanya akan bertambah lagi jika anda bertemu lagi dengan si dia hanya untuk mendapatkan kembali barang-barang anda.Lebih baik pertahankan harga diri anda daripada digadaikan hanya untuk benda-benda yang sifatnya hanya lahiriah saja..

Elakkan Dari Menyendiri

7.Jangan kurung diri anda dalam rumah atau di bilik kerana bila anda berseorangan,ini akan menyebabkan anda akan sentiasa teringatkan si dia..Sibukkan diri anda dengan apa-apa kerja dan banyakkan bersama dengan keluarga atau rakan-rakan..Kalau ada anak-anak saudara atau adik yang masih kecil,bermain dan berguraulah dengan mereka..Gelagat telatah mereka sedikit sebanyak pasti mneghiburkan hati anda yang sedang berduka..

8.Cari Pengganti

cubalah berkawan dengan wanita lain..I.Allah dengan ini anda dapat melupakan si dia..Mulakan dengan mengenal hati budi masing-masing seperti di awal perkenalan anda dengan bekas kekasih anda..Pasang niat tujuan berkawan adalah untuk menjadikannya sebagai calon isteri..Tapi ingat jaga batasan pergaulan anda dengannya..Dalam tempoh perkenalan,jika anda dapat merasakan yang dia tidak sesuai dengan anda maka jangan sesekali beri harapan kepadanya..nanti dia pula yang meroyan hehehe.


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info percintaan dengan tajuk Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/cara-untuk-melupakan-kekasih-lama.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 27/06/13

15 komentar untuk "Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama"

  1. salam... saya dh masukkan awk ke bloglist sya :)..

    http://yummycoklet.blogspot.com/..thanks..singgah ke blog sya smalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok saya dh masukkan link blog awk

      Padam
  2. Bw here. Dah masukkan awak ke bloglist saya... yuk follow blog kite http://surianireenz.blogspot.com...salam kenal semua

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1.9.13

    Aku lagi lagi la.... Aku dah kahwin pun.. Skrang dia datang lagi kat aku... Pening2.. Rupa2nya pada masa yang sama dia ada jgk lelaki lain... Dah la lelaki tu ustaz... Huhu lagi pening.. Aku cuba lupakannya buat masa skrg ni.. Sungguh pedih.. Mula2 ingat nk berpoli, tapi tuhan tunjukkan aku.. Aku terbaca msg dia.... Ya allah selamatkan akul

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama15.10.13

    Memang susah nak lupakan dia..hubungan kami putus sebab keluarga si lelaki tak suka dekat aku..memang sedih bila teringat dia.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama20.11.13

    Aku sukar melupakan dia...nma dia sntiasa brmain d fkiran ku...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama26.11.13

    hurrmm betol tu, thank

    BalasPadam
  7. Erm harus lupakn

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama25.1.14

    masalah aku ni pelik....saat aku putus dengan kekasih aku.....aku terjumpa semula kawan lama.....dia ibarat penyeri selepas ex aku tuh....tapi sygnya dia dh ada teman istimewa dalam hidupnya......dia berterus terang kepada aku....tapi bila hati dh syg....aku pun snggup utk tetap meneruskan hubungn tnpa memikirkan risiko selepas itu....hari berganti hari....aku dh berjaya lupakan ex aku n menyintai teman yg pastinya milik org.....dia seakan memberi harapan kepadaku....namun harapan yg diberikan seakan pudar bila dia x mampu membuat keputusan utk memilih aku atau temannya yg pertama....saat tu aku sedar betapa bodohnya aku sebab menyintai seseorg yg sudah berpunya.....sekarng....perit lagi utk aku lupakan dia kalau nk dibandingkan dengan ex aku dulu....apa patut aku buat.....aku dh xmampu dh menahan rasa perit ni.....hubungan yg seakan tergantung di tengah jambatan usang yg menanti saat rebah kebumi....rasa bagai nak gila.....tolong la....apa patut aku buat....adakah patut aku terus menyintainya atau pergi dari dirinya.....

    BalasPadam
  9. Macam mana aku nak lupakan si dia..

    BalasPadam
  10. Aq dh jumpa pgnti dy....kmi lbih bhagia

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama6.3.14

    Aq dlm delema...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama27.3.14

    Aq sukar melupakan dia sbb hbungan kmi telah mencecah 12 tahun...separuh hdupku adalah dgn dia..dari zaman sekolah lg...tp kini dia sdg bahagia dgn lelaki lain..bgtu mudah dia tggalkn aq..

    BalasPadam
  13. Minta petunjuk. Perkara paling utama yg harus dibuat bg muslim. Subhanallah

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman