SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Mayat Rentung Tanpa Kepala

Bentong: Satu mayat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila bukan saja rentung, malah kepalanya sudah bercerai dari badan manakala kedua-dua tangan dan kakinya hilang di kawasan belukar berhampiran bulatan menuju ke Stesen Kereta Kabel Genting Highlands, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, berkata mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui orang awam yang menggunakan laluan berkenaan sebelum memaklumkan polis kira-kira jam 6.30 petang.

“Pengadu membuat laporan ternampak sesuatu dalam keadaan terbakar dalam belukar itu lalu berhenti untuk memeriksanya.

“Sebaik melihat mayat berkenaan yang bahagian kepalanya sudah terpisah dari badan, pengadu berpatah balik sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Foto






Menurutnya, ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, mayat itu masih dalam keadaan terbakar.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat itu tidak dapat dikenal pasti jantinanya, malah tiada pengenalan diri dan polis menjalankan siasatan untuk mengesan identiti mangsa.

“Sepasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dihantar ke lokasi kejadian bagi memeriksa mayat berkenaan yang dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang dan dibakar ke kawasan belukar itu,” katanya.




Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Mayat Rentung Tanpa Kepala. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/mayat-rentung-tanpa-kepala.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 25/06/13

Belum ada komen untuk "Mayat Rentung Tanpa Kepala"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman