SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

683 Orang Pengikut Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati

KAHERAH : Sebuah mahkamah di Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohameed Badie dan 682 pengikutnya atas tuduhan membunuh serta cubaan membunuh anggota polis.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dua sesi ringkas perbicaraan yang diboikot oleh barisan peguam bela tertuduh.Mahkamah yang sama pada Mac lalu turut menjatuhkan hukuman mati terhadap seramai 529 pengikut pergerakan tersebut.

Bagaimanapun, hukuman terhadap 492 tertuduh ditukar kepada penjara seumur hidup.Dalam perbicaraan yang berlangsung semalam, hanya 50 orang termasuk Badie yang berjaya ditangkap, manakala selebihnya masih bebas.

Hakim Said Youssef Sabry yang mempengerusikan perbicaraan itu akan mengesahkan hukuman berkenaan pada 21 Jun depan.Mengikut undang-undang di Mesir, hukuman mati yang dijatuhkan perlu dirujuk dan mendapat nasihat daripada Ketua Agama Islam sebelum ia disahkan.

Mahkamah tersebut juga boleh meringankan hukuman sebelum ia boleh dicabar di mahkamah rayuan.Kesemua tertuduh didakwa membunuh dan cuba membunuh beberapa anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu. – AFP


sumber:maklumat.my

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk 683 Orang Pengikut Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/683-orang-pengikut-ikhwanul-muslimin.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 29/04/14

Belum ada komen untuk "683 Orang Pengikut Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman