SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Disebalik Coretan Terima Kasih Kerana Rosakkan Saya

‘Terima Kasih’ kerana rosakkan saya
Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram
Saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting
yg penting kelihatan depan Allah , Tuhan kita

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya seorang pendiam , kurang cakap sebab di tuntut dalam agama
Berfikir tentang kebesaran Nya
Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran ,
smartphone di tangan bila perlu sahaja
saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya

Terima kasih rosakan saya
Saya jarang tgk cermin ,
Sebab bila saya tgk cermin
Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’
Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan
Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya
Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmabar saya dalam pesbuk
Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia
Tapi manis depan Allah SWT

Terima kasih rosakan saya
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook
Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya
Saya gembira ada kawan sehaluan saya

Terima kasih rosakan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya
Pandangan awak terus ke mata saya
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah
Setiap hari awk memandang saya
Saya berasa malu , awak pandang saya
Saya Tarik hand-sock saya , tutup mulut saya
Saya segan bila awak tenung saya ,

Terima kasih rosakan saya
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya
Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya
Kadang2 saya tersedar semua ini salah
Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak mendominasi saya

Terima kasih rosakan saya
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa
Berusrah , dan membaca hadis
Menelefon mak saya
Tapi….
Suatu malam ,
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya
Saya tengok gmbr dia , gmbar dia
Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamulaikum “
Saya jawab ‘ waalaikumsalam”
Awak tnya esok kelas start kul brapa
Saya jawab kul 10 …..
Awak kata nak berkawan dengan saya
Saya kata insha Allah boleh…..
Dan berterusann…………………………………………….

Terima kerana rosakan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya
Saya tunggu
Dan awak memang akan whatsapp saya
Saya gembira awak gembira
masa kosong saya
tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan saya
tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya
kita hari2 texting , tu x ? saya suka

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya suka awak pandang saya ,
Dan awak kata saya senyum manis ,
Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata
Saya tengok cermin ,
Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya

Terima kasih rosakan saya
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink
Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu
Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’
Saya jugaaa

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya
Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal
Awak kata , saya lebih manis
Saya suka bila awak cakap macam tu
Kawan2 saya tahu psal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakan saya
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya
Hehe, saya suka

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate
Dia kata dari awak , saya gembira
Saya tak sampai hati nak makan
Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka

Terima kasih rosakan saya
Hari ni saya pergi kuliah
Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal
Yg awak kata saya lebih mainis
Saya tidak pakai kaca mata
Saya pakai contact
Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira

Terima kasih rosakan saya
Tiap2 malam kita sembang
Awak bgtau masalah awak
Saya bgitau masalah saya
Saya ada awak
Awak ada saya
Tetapiiiiii
Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya
Saya tunggu , awak tak wahtsapp
Saya whatsapp , awak tak balas
Saya sedih

Terima kasih rosakan saya
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with
Awak tinggalkan saya
Saya rasa macam kena tipu
Tapi mcmna nak marah
Kita just kawan
Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak
Awak tak pandang saya lagii
Awak tak fikirkan saya lagi
Saya kecewa
Saya pandang cermin , saya buka tdung
Saya memakai lipstick merah
Agar awak pandang saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu
Tapi awak tak pandang saya lagi
Awak sibuk dengan si Dia

Terima kasih rosakan Saya cari orang lain, saya berlipstick merah
Saya cari orang lain Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond
Awak tak kisah Saya tekad Saya berkepit dengan orang baru saya
Saya senyum dengan lipstick merah saya

Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia
Saya nak awak Saya tekad upload gambar Saya bercium dengan orang baru saya Tapi awak tidak kisah

Awak…..
Saya menangis…….
Menangiss…..
Berfikir dua kali , saya .. saya menangis…
Bukan sebab awak , sebab saya dah lain
Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah
Saya…. Allah help me
Astaghfirullah

# Nafsu itu menyerang sesiapa sahaja , kita mesti kawal
Jgn termakan pujukan dunia , mari kita sama2 berjuang kerana Nya

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah menarik dengan tajuk Disebalik Coretan Terima Kasih Kerana Rosakkan Saya. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/disebalik-coretan-terima-kasih-kerana.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 22/04/14

2 komentar untuk "Disebalik Coretan Terima Kasih Kerana Rosakkan Saya"

Geng Blogger

Putera Izman