SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Suami Terkejut Lihat Mayat Isteri Diikat Dengan Tali Buaian

KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai jual ayam terkejut apabila menemui mayat isterinya tergantung di tali buaian yang diikat di alang rumah mereka di Taman Tengku Panglima, Wakaf Mek Zainab, di sini petang kelmarin.

Zulkifli Azmi, 25, menemui mayat isterinya, Apinyar Datubahae, 26, tergantung di bilik di tingkat atas, kira-kira jam 3 petang, ketika pulang untuk menghantar makanan.Zulkifli memberitahu pemberita kejadian tersebut disedarinya apabila mendengar anak tunggalnya, Siti Nur Aishah Ateiyra, sembilan bulan, menangis.

“Pelik dengan tangisan itu, saya terus ke tingkat atas dan terkejut melihat mayat isteri saya tergantung di tali buaian anak kami,” katanya.Zulkifli berkata, dia memberitahu bapanya, Azmi Omar, 50, dan adiknya, Muhammad Zaidi, 17, berhubung kejadian berkenaan, sebelum menghubungi polis serta jiran-jiran mereka.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu isterinya adalah kira-kira jam 8 pagi kelmarin semasa pulang menghantar nasi. Masa itu, isterinya sedang menyusu anak mereka.Dia berkata, sejak dua bulan lepas setelah balik dari Wing, Thailand, isterinya tiba-tiba menjadi pemarah.

“Dia pernah mengelar pergelangan tangannya apabila tertekan,” katanya.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, memberitahu mayat Apinyar dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat.


sumber

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Suami Terkejut Lihat Mayat Isteri Diikat Dengan Tali Buaian . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/suami-terkejut-lihat-mayat-isteri.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 20/04/14

Belum ada komen untuk "Suami Terkejut Lihat Mayat Isteri Diikat Dengan Tali Buaian "

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman