SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Dilema Seorang Suami Terhadap Doktor Lelaki

Gambar hiasan
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya.

Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

Daripada,
Keluarga Muslim K. L.

Jawapan & Penjelasan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Syariat & Darurat
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.
Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut.

Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.


Pemeriksaan Bulanan
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita.

Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Aspek Psikologi
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika merekamenghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga.

Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Menggerakkan Nafsu Syahwat
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Keretakan Rumahtangga


Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Dilema Seorang Suami Terhadap Doktor Lelaki. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/dilema-seorang-suami-terhadap-doktor.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 18/06/13

7 komentar untuk "Dilema Seorang Suami Terhadap Doktor Lelaki"

  1. Tanpa Nama5.8.13

    Bagaimana pula kalau wanita mengandung yg mmbuat pemeriksaan bulanan tersebut sbagai contoh, pegi wat checkup kt klnik krajaan yg hanye ade seorang sahaja dokter lelaki? Kbanyakan dokter pakar adalah lelaki, baik dr segi pemeriksaan bulanan hingga lah menyambut kelahiran.....

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6.8.13

    Bkn prmpuan xnk check ngn dok pompuan..msti la nak jika smemangya dok pompuan ada..tp slalunya pilihan tu tiada..jika trlalu byk krenah..di katakn mngada2..brapa ramai je lelaki yg sanggup brdepan dgn dok or nurse utk mncr dok lelaki or prtegaskn pndirian ini? Last2 pompuan gak yg kn wat..kn tebalkn muka..n brapa ramai lelaki yg sanggup kuarkn duit utk pergi private hosp kalu dah xde dok prmpuan..??

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama23.9.13

    Pada pendapat sya xde mslh utk dptkn khidmat dr perempuan sbb skrg ni mmg ramai dr perempuan espcially di klinik or hospital kerajaan...pengalaman sya 3 kali mengandung checkup blnn oleh nurse & dr perempuan...bersalin sulung dr pkr lelaki check tp yg smbt nurse perempuan...yg ke2 semua perempuan...ke3 next year, Insyaa Allah dipermudahkn...pilihan ade di tgn kita, kdg2 byr mhl2 kat private tp x bleh pilih dr perempuan...so, tpk dada tya iman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama23.9.13

      Tiada masalah anda kata?anda bekerja di hospital ke anda bkata begitu?ye,mmg ramai doc pmpuan,tp,mereka pun ada jadual kerja masing,ditempatkan di unit2 tertentu mengikut waktu.bkn semestinya berpeluang utk mengikut kehendak ibu yg hendak cek dgn doc pmpuan saja.pikirla rasional skit.yg sambut kelahiran mmg la nurse pmpuan,hanya scra pembedahan je doc akan mengendalinya.

      Padam
  4. Tanpa Nama23.9.13

    Huh..sila berfikiran rasional.kebanyakan pakar dan doktor sakit puan trdiri drpd lelaki..hospital luar bandar kebanyakannya semua doktor lelaki.jadi tiada pilihan.demi kesihatan diri dan anak dlm kandungan,fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama23.9.13

    Ala mana2 doc pun x kira laki ka pmpuan sama ja mereka mnjalankan tugas mereka,bagi mereka da lali dgn perkara bgini cma kita sbagai pesakit saja la yg mau ingat.pandai2 ja la...susah sangat ka.kalo da darurat doc pondan pun d pilih jga kalo x plihan yg lain,drpd kmu btekak psal things yg normal gini,bgus next time kamu buat sendiri tanpa ada pertolongan dri doctr.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama4.12.13

    Nk join skaki...bile org tiada ilmu dan xtahu hukum brkate..blaaja hukum..itu saje...jngn smpi aurat binimu org lain bole tngk ok...perlukn pnjelasan lbh2 pegi la blaja ngn ustaz..ini bkn normal ini bnde penting harus blaja..

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman