SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Doktor Didakwa Meliwat Kanak-kanak OKU

Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang lumpuh kedua-dua kaki berusia tujuh tahun didakwa diliwat seorang remaja termasuk duburnya dijolok dawai besi di sebuah pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini.

Kejadian berlaku pada 16 April lalu dan mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Ibu mangsa dikenali sebagai Intan, 40-an, berkata, kejadian itu sangat menyedihkan kerana dia baru menghantar tiga anaknya termasuk mangsa untuk dijaga di pusat jagaan berkenaan sejak empat bulan lalu selepas mereka dihalau keluarga mentuanya, manakala suaminya masih menjalani rawatan di sebuah pemulihan dadah. 

Dia yang berasal dari Sandakan, Sabah berkata, selepas dihalau, dia buntu kerana tiada rumah dan pekerjaan menyebabkannya mengambil keputusan menghantar anak kembarnya berusia tujuh tahun termasuk mangsa serta seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun ke pusat jagaan itu.

“Selepas menghantar anak dan yakin mereka selamat dijaga, saya mendapat kerja sebagai pembantu rumah di Taman Templer, Rawang, Selangor dengan bantuan rakan. 

“Kali terakhir jumpa anak pada Mac lalu dan saya berasa syak apabila melihat muka anak saya yang lumpuh itu ada kesan lebam. Pihak pusat jagaan berkenaan mendakwa anak saya jatuh katil. 

“Bagaimanapun, pada jam 2 petang 17 April lalu, saya terkejut mendapat panggilan mengenai anak saya cedera dan saya dijemput dari rumah majikan di Rawang kira-kira jam 5 petang hari yang sama oleh pegawai JKM ke hospital HTJS.

“Doktor meminta saya tandatangani surat supaya mereka boleh melakukan prosedur perubatan termasuk untuk memasukkan kamera menerusi lubang dubur. Anak saya dikatakan dicucuk menggunakan dawai besi ke dalam lubang duburnya oleh penghuni di pusat jagaan. 

“Barang bukti diambil pihak polis untuk membantu siasatan. Kesan air mani turut ditemui dalam lubang duburnya,” katanya.

Menurutnya, ada pegawai kebajikan memberitahu anaknya ditemui lemah dan berdarah di bahagian lubang dubur manakala perbuatan berlaku pada jam 8.40 malam, 16 April lalu.

Dia yang diberi pelepasan bercuti oleh majikan untuk menyelesaikan masalah itu berkata, dia tidak dapat menyembunyikan rasa pilu dengan kejadian itu dan bertekad membela nasib anaknya.

“Saya memerlukan peguam, tetapi tiada duit, jadi saya perlukan bantuan Baitulmal. Saya juga merayu mana-mana pihak yang mahu membantu.

“Dia buah hati saya, anak yang saya sayang. Saya tak mahu anak hidup merempat macam saya,” katanya yang juga mualaf.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, buat masa ini suspek diletakkan dalam pemerhatian di wad psikiatri.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Doktor Didakwa Meliwat Kanak-kanak OKU. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/doktor-didakwa-meliwat-kanak-kanak-oku.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 21/06/13

Belum ada komen untuk "Doktor Didakwa Meliwat Kanak-kanak OKU"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman