SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kemalangan Maut Kancil Bertembung Gen 2

Kemalangan Maut | KUALA BERANG: "Saya tidak berani membuka pintu Kancil itu selepas melihat mangsa di dalamnya parah," kata Abdullah Osman, 51, saksi kejadian kemalangan maut di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, Kampung Batu 23, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Mangsa, Ibrahim Mohd Taib, 54, yang juga seorang penggiat seni teater di negeri ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya bertembung dan Proton Gen 2 yang terbabas dan memasuki laluannya.

Abdullah berkata, ketika kejadian, dia sedang menghala ke pekan Kuala Berang dan melihat Proton Gen 2 terbabit yang berada di hadapannya cuba memotong sebuah kereta melalui laluan tepi sebelah kiri jalan.

"Namun, kereta berkenaan tidak berjaya memotong kerana terdapat sebuah motosikal di sebelah kiri jalan sebelum pemandunya mengelak ke kanan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang dalam perjalanan dari arah pekan Kuala Berang ke Ajil.


KEMALANGAN maut ini mengorbankan penggiat seni, Ibrahim, selepas keretanya dirempuh kenderaan lain yang memasuki laluannya, di KM38, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang. FOTO Nazdy Harun

"Akibat rempuhan kuat itu, Perodua Kancil terbabit melambung dan tersangkut di atas besi penghadang jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Gen 2 terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar Perodua Kancil yang dipandu mangsa," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 selain lesen memandu pesalah boleh digantung jika sabit kesalahan.

Katanya, pemandu Proton Gen 2 terbabit sedang dirawat di Hospital Hulu Terengganu akibat kecederaan di kepala dan badan.
Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Kemalangan Maut Kancil Bertembung Gen 2. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/kemalangan-maut-kancil-bertembung-gen-2.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 20/06/13

Belum ada komen untuk "Kemalangan Maut Kancil Bertembung Gen 2"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman