Mee
segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan
minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas
selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang
bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun
begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang
mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan
dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di
dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan
garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif
kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian
yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas
dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang
melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain
itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek
pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan
mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna.
Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya
di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan
lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan
wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk
mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan
kanak-kanak?
Kanak2
yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi
sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu.
Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh
mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi,
anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan
dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136
bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam
mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas
menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24
daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut
ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang
tinggi.
Satu
paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan
harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan
penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi
jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses
pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat
Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi
lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang
merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah
lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan
Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2)
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk
memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6)
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh
memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang
sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7)
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering
digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan
dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan
rawatan air.
8)
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi.
Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair
yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan
yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10)
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin
turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan
saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info kesihatan
dengan tajuk Bahaya Maggie Pada Kesihatan. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/bahaya-maggie-pada-kesihatan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 19/06/13
You can easily determine the difference bеtween what you "wish" and what you truly "desire" by asking yourself tҺesе questions:.
BalasPadamIn the true final mission of Red Dead Redemption, Jaсk Marston, now
grown, tracks down the man responsiЬlе foг his father's dеath:
Edgar Rߋss. Thе heɑdline got your attention, and brought you in and made you reaԀ this article.
Here is my webρage - make him desire you free download