Soalan:
Bolehkah
menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah orang
cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan
kamu”?
Jawapannya:
Sebenarnya
menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin
dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun
12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan
Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis
menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita
menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia
merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di
dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi
kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah
meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak
seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka
ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana
bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan
menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya,
perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada
budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas
di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu
bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian
setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang
menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu
hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam.
Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir
kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan
masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu
kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan
meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih
menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari
kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan
majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama
dengan tajuk Hukum Sambut Hari Jadi Dengan Meniup Lilin. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/hukum-sambut-hari-jadi-dengan-meniup.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 19/06/13
betul
BalasPadamApa2 jer la... klau byk sgt peraturan pun, susah jugak..
BalasPadam