Hukum Muslimah (Wanita) Membotakkan Kepala...
Soalan yang telah dikemukakan ialah :-
Assalamualaikum ustaz, saya ada pertanyaan. Boleh tak perempuan botakkan kepala dan tidakkan ianya menyerupai lelaki?
Jawapannya :-
Cukur
kepala atau membotakkan kepala bermaksud membuangkan rambut di kepala
dengan menggunakan pisau cukur atau seumpamanya sehingga lincin
kepalanya. Allah jadikan wanita atau muslimah ini dengan sebaik kejadian
dan dihiaskan dengan rupa dan paras yang cantik. Rambut perempuan juga
merupakan perhiasan kepadanya. Setiap perhiasan yang Allah anugerahkan
kepada perempuan wajiblah dijaga dengan baik mengikut syarak yang telah
ditetapkan dalam Islam.
Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :
“Rasulullah
saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika
meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Jelas
hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi
wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa
musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan
sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut
pendapat saya wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy)
sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang
keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila
direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan
hukumnya adalah haram.
Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim mengatakan bahawa :
“Adapun
menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang perempuan) untuk
berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika mendapat izin
dari suami dengan syarat tidak sampai menyerupai kaum lelaki”
Isteri
yang ingin memendekkan rambut atau memotong sedikit rambutnya, mestilah
mendapat restu atau izin suaminya terlebih dahulu. Manakala wanita yang
tidak bersuami ingin memotong rambutnya untuk lebih cantik dan lebih
kemas, maka ada ulamak berpendapat harus dengan syarat potongan
rambutnya tidak menyerupai lelaki.
Kesimpulannya :-
Mencukur
atau membotakkan kepala bagi muslimah, hukumnya adalah haram kerana
menyerupai lelaki dan Rasulullah tidak menyukai perbuatan tersebut.
Harus kepada muslimah yang ingin memendekkan rambutnya untuk kekemasan
dan kecantikkan untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain,
kerana rambut itu adalah aurat wanita dan hanya boleh diperlihatkan
untuk mahramnya sahaja.
Oleh : Ustaz Noramin
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama
dengan tajuk Hukum Wanita Membotakkan Kepala. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/hukum-wanita-membotakkan-kepala.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 17/06/13
Belum ada komen untuk "Hukum Wanita Membotakkan Kepala"
Catat Ulasan