SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Bahaya Kopi 3 Dalam 1

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.â€

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,†katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-dalam-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.
Katanya, krimer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara faktor yang menyebabkan minuman 3-dalam-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkan minuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempat kerja.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.

Info Kandungan minuman 3-dalam-1:
* Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
* Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
* Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan>
* Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
* Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
* Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
* Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
* Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.
Rujukkan: Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

 http://www.informasikini.com

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info kesihatan dengan tajuk Bahaya Kopi 3 Dalam 1. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/bahaya-kopi-3-dalam-1.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 20/09/13

2 komentar untuk "Bahaya Kopi 3 Dalam 1"

  1. Setuju... 3in1 ni jugak blh. menyebabkan batu karang.. dua org sahabat saya dah kena... soalan pertama yg doktor tanyyaa ialah "awak ada amik kopi 3 in 1 @ 5 in 1" ke...?

    BalasPadam
  2. Setuju... 3in1 ni jugak blh. menyebabkan batu karang.. dua org sahabat saya dah kena... soalan pertama yg doktor tanyyaa ialah "awak ada amik kopi 3 in 1 @ 5 in 1" ke...?

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman