SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Bangladesh Ambil Kesempatan Terhadap Wanita Selepas Hantar Gas


Info penting sebagai peringatan untuk kita.Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Subang Jaya: Seorang pekerja kedai runcit di sebuah kondominium di USJ 8, di sini, mengambil peluang mencabul seorang remaja sebaik menyedari ibu remaja itu tiada di rumah ketika menghantar tong gas ke rumahnya, Isnin lalu.

Lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia 20-an terbabit difahamkan sudah bekerja di kedai runcit kondominium itu sejak beberapa bulan lalu.Ibu gadis berusia 13 tahun terbabit yang mahu dikenali Wong, 40, berkata dia mengetahui perbuatan jijik lelaki itu apabila anaknya menghubungi sebelum dia meminta bantuan jiran ke rumahnya di tingkat tiga.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja dan anak perempuan saya menghubungi memberitahu kehadiran lelaki itu. Saya memberitahunya memang ada menempah gas dua hari lalu (sebelum kejadian),” katanya ketika dihubungi, semalam.Katanya, anak perempuannya kemudian membuka pintu dan membenarkan lelaki terbabit masuk ke bahagian dapur untuk meletakkan tong gas berkenaan.“Namun, mengejutkan apabila lelaki itu secara tiba-tiba bertindak membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya. Lelaki berkenaan turut memegang dan meraba keseluruhan badan anak saya.

“Anak saya yang terkejut dengan tindakan itu berjaya melepaskan diri dan berlari ke bahagian dapur lalu menghubungi saya,” katanya.Wong berkata, dia segera menghubungi jiran meminta bantuan sebaik panik mengetahui insiden menimpa anak gadisnya itu.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran jirannya.Berikutan itu, Wong membawa anak gadisnya itu membuat laporan di Balai Polis USJ 8.Difahamkan, lelaki itu kini sudah menghilangkan diri selepas kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Bangladesh Ambil Kesempatan Terhadap Wanita Selepas Hantar Gas. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/bangladesh-ambil-kesempatan-terhadap.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 26/09/13

4 komentar untuk "Bangladesh Ambil Kesempatan Terhadap Wanita Selepas Hantar Gas"

Geng Blogger

Putera Izman