SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Tanda-Tanda Kiamat Menurut Islam

Selamat datang ke Blog Memang Gempaq.Alhamdulilah Kali ini admin kongsikan dengan pembaca mengenai tanda-tanda kiamat dalam islam berikut tanda-tandanya:

- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang terseksa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim ribuan bende kat lamn sosial, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu
nazri0070:
Satu hari ada bersembang-sembang dan berbincang-bincang dengan kawan-kawan tentang tanda-tanda dan persoalan Hari Kiamat.

Banyak dah tanda-tanda yang muncul. Macam-macam dah keluar. Antaranya penyembahan berhala kembali semula, umpamanya berhala wang ringgit, ramai yang telah menjadi hamba wang ringgit( wang ringgit umpama berhala, dijadikan dasar dan pokok atau matlamat dalam segala hal, mencintai, menggilai dan tertipu dengan wang ringgit lebih dari segala-galanya. Selain itu, satu lagi tanda lain iaitu, zina berlaku di tepi-tepi jalan (dalam satu hadis tersebut tentangnya) ertinya lihatlah video lucah orang berzina sangat mudah didapati dan boleh dilihat di mana-mana, kat tepi jalan pun boleh melalui Internet dan  Player dalam kenderaan, kat dalam rumah pun boleh ditonton.

Bila kita bicara tanda-tanda Hari Kiamat yang semakin menyerlah kini, terutama dari sudut bala bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, banjir besar, perubahan iklim dan seumpamanya, maka ada banyak juga yang cuba menjelaskannya dari perspektif yang pelbagai termasuk dari perspektif ilmu sains/kata-kata saintis tentang fenomena alam. Ya ada benarnya dari satu sudut....Orang mukmin selain menerima keterangannya dari sudut sains, mereka juga sering merujuk quran dan hadis yang berkenaan.

Dalam duk bersembang-sembang tu lalu terpacullah kata-kata seorang kawan. Maka berkatalah kawan saya : "Ramai orang hari ini agaknya, apabila matahari mula muncul dari barat, akan adalah yang berkata - Ini bukan tanda kiamat. Ini termasuk juga fenomena alam, kita kena dengar dulu huraian ilmuan dan saintis!"

Wana'uzubillah....Ya Allah peliharalah iman kami!

qalamsuci:


Qiamat…seringkali bermain didalam fikiran bagaimanakah suasana ketika berlaku hari qiamat?


Apakah seperti yang di gambarkan dalam filem filem fiksyen atau seperti kejadian tsunami ribut taufan,letupan gunung berapi atau  berbagai  lagi kejadian kemusnahan alam yang di luar jangkaan manusia?


Di zaman Nabi Luth bumi ini pernah diterbalikkan dan dihancurkan. Apakah suasana ketika itu menepati gambaran keadaan hari Qiamat?


Penduduk Hiroshima dan Nagasaki juga pernah menyaksikan kemusnahan kedua kota mereka ini hancur  oleh ledakkan bom sewaktu perang dunia ke dua dahulu. Apakah kejadian ini menepati walau hanya sebahagian tentang kejadian dan suasana ketika datangnya Qiamat?


Hakikatnya hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui, tiada manusia yang berpengalaman menghadapi Qiamat, Qiamat belum berlaku namun petanda petanda kecil akan keujudan Qiamat itu memang setiap ketika berlaku di depan mata dan dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA.


ALLAH SWT berfirman dalam surah Al Infithaar ayat 1 – 4:


Yang Bermaksud:


“Apabila langit terbelah, dan apabila bintang berserakan, dan apabila lautan (berombak raksaksa) meluap, dan apabila kuburan kuburan terbongkar”


Lihat pada pepohon yang sedang menghijau ,akan sampai saatnya ia menjadi layu dan kekuningan , bebunga yang mekar indah di taman tiba juga ketikanya ia menjadi layu dan gugur,besi yang begitu pejal dan keras juga boleh menjadi reput. Alam ciptaan ALLAH SWT yang Maha Sempurna ini akhirnya bertemu juga detik kehancurannya.


Terlalu banyak petanda petanda kecil yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Wajah yang cantik rupaan akhir menjadi tua, malahan contoh paling mudah makanan yang kita makan juga akan menjadi basi bila sampai waktunya. Semua ini adalah perkhabaran atau peringatan dari ALLAH SWT bahawa satu saat nanti akan berlaku kemusnahan yang sebenar ke atas semua ciptaan ALLAH SWT.


Alam semesta ini bersama sistem cakerawalanya yang dihuni oleh berbillion keluarga planet ,perjalanan matahari, kejadian siang dan malam ,bulan dan bintang pasti satu hari nanti akan bertemu  detik terakhirnya dan hancur musnah semuanya . Segala yang kebal, keras , hebat seperti langit yang indah dihiasi awan begitu gagah dan terjangkau oleh  tangan  , perjalanan penuh setia semua sistem alam  di angkasa raya tanpa sedikitpun ada pergeseran dan kesilapan selama ini juga akan menemui saat akhirnya untuk hancur musnah.



Bila saat tibanya Qiamat, bumi yang terhampar dengan gagah yang di perkasakan dengan batu batu pejal serta gunung ganang kukuh menjadi paksi dasar bumi tidak lagi berupaya untuk bertahan dan terpaksa akur serta menyerah tunduk pada kemusnahan yang Maha dasyat ini.


Bilakah  akan tibanya hari Qiamat?


Sudahkah kita bersedia menghadapi hari Qiamat?


Jawapannya , teruskan istiqomah dalam beribadah, carilah  ilmu  dan tambahkan ilmu, berusahalah menjaga iman , semoga kita dipermudahkan olehNYA menghadapi sakaratul maut dan semoga jua dipermudahkan seandainya kita ditakdirkan dipertemukan dengan Qiamat.


Firman ALLAH SWT dalam surah Az Zalzalah ayat 1 – 5:


Maksudnya:


“Apabila Kami goncangkan dengan goncangan yang dasyat, dan bumi telah mengeluarkan beban berat yang dikandungnya,
Dan manusia bertanya dengan perasaan gerun:”Apakah yang sudah terjadi kepada bumi?
Pada hari itu bumi akan bercerita:”Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (berlaku demikian).”


Dan marilah sama sama kita memperingatkan diri……..


Firman ALLAH SWT dalam surah Az Zalzalah ayat 6 – 8:


Maksudnya:


“Barangsiapa yang berbuat kebaikan walau sebesar zarahpun,  akan diperlihatkan akan surat amalannya, dan barangsiapa yang membuat kejahatan walau sebesar zarahpun,akan jua diperlihatkan akan surat amalannya”

Mei:



--- Quote from: nazri0070 on 05 February, 2012, 03:16:33 PM ---
Dalam duk bersembang-sembang tu lalu terpacullah kata-kata seorang kawan. Maka berkatalah kawan saya : "Ramai orang hari ini agaknya, apabila matahari mula muncul dari barat, akan adalah yang berkata - Ini bukan tanda kiamat. Ini termasuk juga fenomena alam, kita kena dengar dulu huraian ilmuan dan saintis!"


--- End quote ---


Pada yang memegang  logik akal pasti meminta dalil2 sains....walaupun...nyawa dah dihujung tanduk....

mati itu pasti..kiamat itu lebih pasti........

betapa singkatnya hidup manusia...dan betapa ruginya kita mensia2 kan masa....

Alam Roh--> Alam Rahim-->Alam Dunia-->Alam Kubur-->Alam Akhirat -->Al-Hasyr-->Syurga/Neraka

Alam dunia tu sekejap je.....moga keinsafan terus melekat dihati....Insyallah.

Nur^ Iman:
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

4-Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.

7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



sumber:halaqah.net

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama dengan tajuk Tanda-Tanda Kiamat Menurut Islam. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/tanda-tanda-kiamat-menurut-islam.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 16/09/13

5 komentar untuk "Tanda-Tanda Kiamat Menurut Islam"

  1. Tanpa Nama19.9.13

    Subhanallah .. Terasa kerdil bila baca info ni... Admin,thx for sharing

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama24.4.14

    Subhanallah...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama28.4.14

    Ya allah..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama28.4.14

    Ya allah

    BalasPadam
  5. Ya allah..jauhkn aku & kaum keluargaku dari nerakamu

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman