SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Gambar-Gambar Ribuan Manusia Solatkan Jenazah Ustaz Azizan

Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah jam 11:10 pagi tadi merupakan perkhabaran sedih buat dunia politik tanah air.Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, arena politik negara kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya."Kita kehilangan besar," katanya ringkas ketika sesi sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sementara menurut ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, beliau turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Azizan."Salam takziah daripada saya, kita hilang satu kekuatan dalam Pakatan Rakyat, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya.Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub turut  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Beliau seorang pemimpin Pas yang sederhana yang patut menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang."Seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan cintakan perpaduan ummah Melayu."Pemergiannya merupakan kehilangan seorang tokoh Islam dan Melayu kepada rakyat negara ini," katanya.

Pemimpin Pas yang kami ditemui di Parlimen turut mengungkapkan kesedihan di atas pemergian Allahyarham."Kita masih teringat sumbangan beliau yang cukup besar pada kerajaan pada sesi lepas dan kami dikalangan pemimpin Pas ucapkan takziah," kata ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, berita pemergian Azizan merupakan suatu khabar yang amat menyedihkan.

"Berita ini amat menyedihkan bagi kami."Dalam konteks peribadi ibu saya kenal beliau sejak di England lagi, dalam hal ini, saya berharap keluarga Allahyarham terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah turut merakamkan ucapan takziah keluarga Azizan.

"Bagi saya kita sudah kehilangan seorang yang komited kepada perjuangan selama ini."Kedah kehilangan seorang tokoh politik walaupun berbeza dari segi parti namun saya kira beliau seorang rakan yang boleh dibawa berunding, untuk pembangunan negeri kedah, katanya.Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Bahiyah, pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, petang tadi.

Innalillah...



Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Gambar-Gambar Ribuan Manusia Solatkan Jenazah Ustaz Azizan. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/gambar-gambar-ribuan-manusia-solatkan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 26/09/13

Belum ada komen untuk "Gambar-Gambar Ribuan Manusia Solatkan Jenazah Ustaz Azizan"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman