SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Akibat Makan Ubat Kuat

gambar hiasan

Ipoh: “Nyawa saya macam nak tercabut setiap kali menahan sakit ketika membuang air kecil. Semua ini kerana memakan ubat perangsang seks ‘bebola ajaib’,” kata pemandu lori Mahmood M Musa, 40.

Masalah menimpanya berpunca daripada keinginan memulihkan masalah lemah tenaga batin sebelum memberanikan diri mencuba produk rangsangan seks haram berbentuk bebola kecil.

Produk dipercayai diseludup secara haram dari China itu diperoleh selepas dia membelinya daripada penjual ubat-ubatan haram dengan harga RM5 sekotak.

Produk terbabit yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dipercayai mengandungi pelbagai logam berat, selain kima beracun sildenafil nitrat dalam kuantiti tinggi.

Mahmood berkata, dia termakan pujukan rakannya untuk mencuba pil bebola ajaib itu tanpa menyedari bahaya terselindung kepada kesihatan.


Dia mendakwa harga pil itu yang murah selain mampu memulihkan masalah lemah syahwat dalam kalangan lelaki menyebabkan dia yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi mencubanya penghujung November lalu.

“Saya menghadapi masalah lemah tenaga batin berpunca penyakit darah tinggi dan kencing manis sejak lima tahun lalu. Penyakit itu menyebabkan keinginan saya terhadap seks menurun.

“Namun seorang rakan setugas yang menghantar barangan ke Kuala Lumpur membeli puluhan kotak produk seks itu berharga RM5 setiap satu,” katanya.


Dia dimaklumkan, kotak hitam kecil itu mengandungi bebola plastik berisi satu pil hitam di dalamnya yang berkhasiat untuk memulihkan masalah tenaga batin lelaki.

“Produk itu didakwa buatan China dan dihasilkan daripada ekstrak tanduk rusa dan pelbagai herba tradisional seperti cendawan Lingzi dan Ginko.


“Saya kemudian mencuba memakan pil hitam yang diisi di dalam kiub itu selepas memberanikan diri. Pada mulanya kesan diharapkan muncul, namun saya mula rasa sesuatu tak kena pada tubuh selepas seminggu mencubanya,” katanya.


Mahmood berkata, tubuhnya berasa panas tidak menentu selain degupan jantungnya makin laju, menyebabkan dia tidak lena tidur dan berasa sakit di dada.


“Lebih teruk lagi apabila saya rasa sakit melampau setiap kali mahu membuang air kecil. Saya rasa air kencing seperti tersekat-sekat dan ada kalanya berwarna seperti darah.


“Rasa ingin kencing datang terlalu kerap menyebabkan saya terpaksa berulang alik ke tandas dan menahan sakit melampau,” katanya.


Mahmood berkata, dia kemudian bertemu doktor pakar di sebuah klinik di Taman Fair Park, di sini, minggu lalu, sebelum dinasihatkan berhenti memakan pil itu.


“Doktor terbabit mengesyaki pil rangsangan seks itu mengandungi racun kimia sildenafil nitrat atau taladafil yang bertindak balas dengan pil sakit kencing manis dan darah tinggi diambilnya.


“Saya bernasib baik kerana segera bertemu doktor. Dia memberitahu, saya boleh maut diserang sakit jantung jika tidak berhenti memakan pil itu,” katanya.


Metro Ahad baru-baru ini melaporkan, bahana mengamalkan pil perangsang seks untuk hebat di ranjang bersama isteri sejak tiga tahun lalu, rumah tangga Arif, 33, kini tidak sebahagia dulu apabila mengalami masalah mati pucuk akibat penggunaan pil itu yang berlambak di pasaran.


Susulan itu, wartawan membeli tiga jenis pil perangsang seks haram di sekitar Chow Kit dan menghantarnya ke KKM untuk ujian sebelum disahkan mengandungi sildenafil dan taladafil yang boleh membahayakan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info kesihatan dengan tajuk Akibat Makan Ubat Kuat. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/akibat-makan-ubat-kuat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 16/06/13

Belum ada komen untuk "Akibat Makan Ubat Kuat"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman