SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Cikgu Sekolah Yang Kurang Ajar

Sabak Bernam: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan perbuatan durjana seorang guru yang tergamak merogol pelajarnya di Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Perbuatan jijik guru berusia 30-an itu terbongkar selepas mangsa mengadu mengenai kejadian yang menimpanya kepada seorang guru kaunseling sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, mangsa yang berusia 16 tahun adalah pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini dan mendakwa dirogol di rumah suspek.

“Kejadian bermula apabila mangsa mengadu tidak sihat sebelum suspek membawanya ke klinik di Sungai Besar. Selepas menerima rawatan, suspek tidak menghantar mangsa semula ke sekolah, sebaliknya membawanya ke rumah,” katanya.

Menurutnya, suspek yang sudah berumah tangga membawa mangsa ke rumahnya yang kebetulan kosong kerana ketiadaan isterinya sebelum merogol mangsa.


“Pada mulanya suspek ‘memancing’ mangsa dengan memaksa menonton video lucah sebelum merogolnya. Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam diri dengan perbuatan gurunya.

“Selepas kejadian itu, suspek menghantar mangsa pulang dan berpesan supaya tidak menceritakan perbuatannya kepada sesiapa,” katanya.

Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah kemudian mengadu mengenai perbuatan suspek kepada guru kaunseling kerana bimbang suspek mengulangi perbuatannya pada masa akan datang.

Katanya, selepas mangsa menceritakan kepada guru kaunseling, pihak sekolah terus memaklumkan kepada penjaga mangsa dan membuat laporan polis.

“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan sekitar daerah ini untuk siasatan lanjut.


“Polis menerima perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam terhadap suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Cikgu Sekolah Yang Kurang Ajar. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/cikgu-sekolah-yang-kurang-ajar.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 16/06/13

13 komentar untuk "Cikgu Sekolah Yang Kurang Ajar"

  1. Tanpa Nama16.6.13

    Ni kampung aku ni....
    Ingatkan islamik kg aku tu.
    Hmmm...dah tk islamik da mcm dulu.
    Pasni boleh la buat konsert dah.
    Kes mcmni pon boleh blaku. Hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama27.6.13

      InsyaAllah, masih terpelihara Islamnya ahli keluarga kat kg tu.. Yg buat benda2 gini org luar pun..

      Padam
    2. Harapkan pagar, pagar makan padi..

      Padam
  2. sekolah mane ek?saye pun ngaja kt sg besar..huhu

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12.8.13

    jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga...yg mmbuat slh hnya segeluntir..bkn kseluruhan...
    btw..apa pn p'buatan guru lelaki 2...biar Allah yg hukum & pihak b'kuasa yg mgmbil tindkan

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12.8.13

    bod0h nye..tugas dia tu merogol ke?xsuka mengajar pelajaran?..rosak punya manusia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama14.8.13

      Betol tu..bodoh punye cikgu..

      Padam
  5. Tanpa Nama13.8.13

    Bdoh La Owg Gne Nie. . . Bgus Awk Cri Isteri Len Bru Awk Buat. . .Nie NK D RejaM Nie

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama13.8.13

    bdk pmpuan tu pn gtl sbnrnye...
    aq dok situ...taula...nk lpskn diri

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama29.9.13

    Akhir zaman....nak ubah pon da tak boleh...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama30.9.13

    Guru gile sex

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman