SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Yana Samsudin Mengalami Gangguan Pelik

Siapa sangka di sebalik keramahan dan senyum manis, hati Yana Samsudin gundah gulana. Sudah lama dia me­ngalami pengalaman pelik dan sering berteka-teki apa sebenarnya yang menghantui dirinya.

Tidak tahu apa puncanya, pelakon, pe­ngarah, penulis skrip dan penyanyi yang mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.

Pernah panas badannya mencecah 42 darjah Celsius hingga beberapa kali dinasihatkan doktor supaya dimasukkan ke hospital. Tambah pelik, doktor tidak dapat mengesan punca penyakitnya.

Bukan itu saja, pelakon filem wanita popular Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini berdepan kejadian aneh di mana sering bertemu gumpalan rambut bukan saja di rumah, tetapi tempat kerja.


Perkara itu berlarutan hingga ke hari ini, malah teman serumahnya memaklumkan dia sering meracau di tengah malam.


“Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tidak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.

“Saya mamai di lokasi hingga orang ingat saya ambil benda tak elok, walhal semua itu kesan ubat antibiotik yang doktor beri. Sehari dua mungkin kita tahan tetapi kalau setiap hari perkara sama berulang (demam malam), kita akan jadi lemah. Macam-macam kaedah dilakukan doktor untuk me­ngesan punca sebenar demam berlarutan, tetapi tiada jawapan.

“Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang.

“Pernah ketika mahu masuk lif, ada rambut panjang melintang di pintu masuk,” katanya sambil menghela nafas.

Berdasarkan apa dilalui, ada kenalan mencadangkan dia bertemu orang bijak pandai kerana mungkin disihir, namun si manis ini tidak mahu bersangka buruk. Buat masa ini, dia masih bertahan dan akan terus bertahan selagi mampu.

Bukan itu saja pengalaman pelik dialami Yana. Katanya, dari dulu gerak hatinya kuat, malah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran orang lain.

Kerap dia didatangi mimpi indah dan menakutkan. Namun yang membuatkan dia gelisah apabila mimpi itu seakan-akan alamat, begitu juga apa yang terdetik di hatinya.

Lebih musykil apabila kebanyakannya menjadi kenyataan. Andai apa yang terlintas di hati atau dimimpikan itu indah tidak mengapa namun jika sebaliknya, dia pasti runsing memikirkan apa bakal berlaku.

“Saya tidak pasti sama ada ini kebetulan atau satu kelebihan. Jauh di sudut hati, saya takut apabila apa yang terlintas di hati benar-benar berlaku. Mimpi buruk atau indah pula bagaikan alamat supaya saya beringat atau bersedia kerana tidak lama selepas itu saya berdepan situasi seakan-akan jawapan kepada mimpi itu.

“Pernah ketika memandu, saya nampak kanak-kanak menunggang basikal. Ketika itu saya dapat rasakan dia akan mengalami kemalangan dan ia benar-benar berlaku. Itu antara kejadian yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.

“Saya tidak tenang bila fikirkan apa rahsia di sebalik semua ini. Susah hati jadinya, namun saya kena kuatkan hati. Saya tidak boleh lemah kerana bukan semua buruk. Ada juga yang baik-baik berlaku. Cuma ada ketikanya saya rasa penat,” katanya.

Beralih perihal kerjaya, Yana yang kembali aktif berlakon selepas sebulan bercuti berkata, dia perlu menjayakan beberapa telefilem untuk tayangan pada Ramadan dan Aidilfitri.

Memandangkan dia mahu menumpukan perhatian terhadap bisnes jualan biskut raya sepanjang bulan puasa, Yana perlu menyelesaikan komitmen itu secepat mungkin.

Ramadan nanti, dia cuma terikat dengan promosi filem Adnan Sempit 3 yang akan bertemu penonton pada Aidilfitri dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran syarikat pengurusannya, MIG atau badan lain yang sudi mengundangnya.

“Syukur Yana Super Cookish mendapat sambutan dan insya-Allah, tahun ini saya akan kembangkan bisnes dengan buka tiga gerai, termasuk satu di Johor.

“Tahun lalu, saya hanya berniaga di Bazar Ramadan Gombak dan kali ini antara lokasi yang menarik perhatian saya mungkin di Uptown Shah Alam, Damansara atau
Subang Jaya.

“Itu perancangan, menjadi atau tidak bergantung kepada keadaan dan tenaga kerja. Namun yang pasti, saya akan berniaga awal bulan puasa. Kali ini saya mahu betul-betul fokus.

“Sesiapa yang berminat jadi pengedar boleh menghubungi saya di Facebook,” katanya yang mengarah filem Selamat Pagi Cinta pada usia 23 tahun.

Meskipun bakatnya diiktiraf ramai, Yana tidak pernah mendabik dada. Dari dulu hing­ga sekarang orangnya peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Tiada istilah pilih bulu, malah dia sentiasa melayan peminat dengan baik.

Tidak hairan mengapa dia disenangi ramai, termasuk penerbit, pengarah serta teman media. Saat diusik bagaimana dia berjaya mengekalkan sikap itu meskipun sudah terkenal, sambil tersenyum Yana berkata, tiada rahsia kerana apa yang diperlihatkan selama ini adalah warna sebenar dirinya.

“Barangkali saya bermula sebagai orang belakang tabir, jadi saya tak pernah letakkan diri sebagai artis. Mana-mana saya pergi, saya bawa diri sebagai Nurliana Samsudin. Berlakon hanya kerjaya dan saya tidak biarkan diri terbuai dengan populariti.

“Dulu pun saya pernah berada di bawah, ambil masa lama untuk naik. Saya tengok macam mana teman lain berjaya dan belajar daripada mereka. Jika mahu bertahan lama dalam bidang ini, kena ada perancangan dan banyak buat penyelidikan.

“Syukur selain berlakon, saya boleh menulis skrip dan tahu selok-belok belakang tabir. Dengan kelebihan yang Allah SWT beri, saya dapat corakkan watak serta lakonan saya.

“Dalam berkawan, saya tak ada pantang larang. Kalau ada yang hulurkan salam persahabatan, pasti saya sambut. Bagi saya, peminat adalah sahabat dan tanpa mereka, siapalah saya,” katanya.

Yana turut menegaskan, dia bukan anak emas MIG. Seperti mana bakat lain yang bernaung di bawah syarikat produksi itu, dia pernah ditegur David Teo andai melakukan kesilapan dan selalu turun naik turun pejabat untuk bincangkan soal tawaran dan bayaran.

Sejak menyertai MIG, dia dididik menjadi pemimpin, baik ketika bekerja atau kehidupan peribadi. David tidak pernah pilih kasih, jika tunjukkan minat tinggi dan kesungguhan, peluang pasti terbentang depan mata.

“David seperti ayah saya. Dia ajar saya jadi wanita tabah dan ada ciri-ciri kepemimpinan. Dia pantang kalau saya tidak bersemangat atau lembik. Saya berterima kasih kepada David kerana percayakan bakat saya dan sudi buka peluang untuk saya lebarkan sayap sebagai pengarah dan penulis skrip,” katanya.


INFO:

  • Nama Sebenar: Norliana Samsudin
  • Tarikh Lahir: 25 September 1984
  • Tempat Lahir: Kluang, Johor
  • Telefilem: Lu’Lu, Hatiku di Kinabalu dan Suamiku Jururawat
  • Drama: 3 Janda, Siti Kelembai, Bini Bini Perkasa dan Surat dari Langit Biru
  • Filem: Selamat Pagi Cinta, Histeria, Adnan Sempit, Aku Masih Dara, Kongsi, Bini-Biniku Gangster, Adnan Sempit 2, Tiga Temujanji, Aku Ada, Kau Ada???, 8 Jam, Strawberi Cinta, Minyak Dagu, Wawa Semput, Cerita Kita dan Adnan Sempit 3

  • Tajuk Paling Popular

    Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
    Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
    Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

    Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
    Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia hiburan dengan tajuk Yana Samsudin Mengalami Gangguan Pelik. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/yana-samsudin-mengalami-gangguan-pelik.html. Terima kasih!
    Ditulis oleh: Unknown - 16/06/13

    5 komentar untuk "Yana Samsudin Mengalami Gangguan Pelik"

    1. Tanpa Nama16.6.13

      sebenarnya fikiran kita telah tergangu disebabkan oleh kesibukan kita didalam kerja seharian. Ambil secara positif ambil wuduk sembahyang hajat ke atau baca Quran yang ini lebih baik dari berfikir yang bukan bukan kan. Saya pun bukan nak kata pandai secara peribadi yang ini cara yang terbaik saya amalkan. Tiada yang terbaik adalah ALLAH sebab apa kita memohon kebaikkan darinya dan buang kejahatan darinya juga. Tiada siapa yang paling berkuasa darinya hanya lah ALLAH sahaja. TQ

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama16.6.13

      assalam,kak yana....cuba amalkan bace 3 kul & ayat kursi dimana saja kak.yana berada...insyaALLAH selamat.

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama16.6.13

      Salam kak yana, sy cume nk bg share pengetahuan saje. Sy pn lbh kurang kak yana gak. Sy pn xtau nape jd cmni sejak kecil LG. Tp, xde la steruk kak yana. Cume time teruk, time sy stress sgt2 n penat sgt2. Alhamdulillah... Sy sentiasa berdamping dgn Quran... Pegi mana saje, ayat Quran y jd teman sy. alhamdulillah... Sy dh x alami LG cm2... Selama 3 thn sy amal ayat2 Quran tertentu... Terutama surah al harsh. Tp sy dh Lupe dh ayat berapa. Alhamdulillah, sy xde gangguan LG. Ni sume berkat kesabaran sy serta tunjuk ajar ayah angkat sy sorg ustaz. Die y ajar semua ni. Tp skrg, sy smkin bz, kdg2 t'tinggal x Baca Quran, MLM sblm tido mula la halusinasi mengganggu sy. Serta mimpi2 y bakal blaku. Kdg2 baik, kdg2 buruk. Sy pn blh bca fikiran org. Tp 2 dlu, skrg jarang2.

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama16.6.13

      astagfirullah!..cepat2 cari doa pendinding untuk kemana pergi demi untuk kebaikan diri yana:)

      BalasPadam
    5. yana cuba lah ikut perintah allah mungkin ini cubaan dari allah supaya yana boleh berubah....

      BalasPadam

    Geng Blogger

    Putera Izman