Sudah Kiamat Ker Anak Gadis Ini Tidak Hormat Langsung Pada Bulan Mulia Ni Sanggup Jadi Pelayan Pada Malam Umat Islam Sibuk Buat Amal Untuk Pahala Tetapi Mereka Sibuk Kumpul Dosa
Sungai Petani: Dua gadis beragama Islam langsung tidak menghormati malam pertama Ramadan, malah mereka ‘lebih sibuk’ menyambut serta melayani tetamu di pusat hiburan berhampiran Taman Tuanku Hamimah, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran pihak berkuasa, awal pagi semalam.
Dalam operasi bersepadu kira-kira jam 1 pagi, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan 15 wanita warga asing termasuk dua gadis tempatan yang asyik menari sambil memberi layanan kepada pelanggan pusat hiburan terbabit.
Difahamkan, dalam operasi bersepadu yang membabitkan JSJ Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Bahagian Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) IPK Kedah menyerbu beberapa premis pusat hiburan di sekitar daerah ini bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan jenayah lain.
Wartawan Harian Metro berkesempatan menemubual dua gadis tempatan yang sudah beberapa bulan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan demi mencari pendapatan sampingan biarpun menyedari perbuatan itu mengaibkan.
Tambah memalukan, dua gadis itu turut mengenakan pakaian mengghairahkan pelanggan dan difahamkan, mereka akan diberi ‘ganjaran’ khas atau tips oleh penjaga premis hiburan terbabit jika berjaya menarik pelanggan berbelanja lebih untuk menikmati minuman keras di premis berkenaan.
Pegawai Turus D7 IPK Kedah Asisten Superintendan Shaari Yaakob berkata, pemerhatian mendapati, satu daripada pusat hiburan itu cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan papan tanda sebagai ‘kafe dan restoran’, namun mempunyai disko yang terletak di tingkat atas.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Kerana Kurang Agama Gadis Ini Sambut Malam Mulia Dengan...... Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kerana-kurang-agama-gadis-ini-sambut.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 11/07/13
masyaAllah, Ya Allah..kumohon perlindunganMu buat anak-anakku semua..
BalasPadam