SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Adik Maut Akibat Serangan Sawan Semasa Menaiki Motor



Maut sudah menimpa tidak kira tempatnya....tapi sakit sawan ni kerana tak kira tempat boleh berlaku....jom ikuti cerita sedih ni moga keluarga tabah terima dugaan dalam bulan mulia ni

Seremban: Pilu hati seorang abang menyaksikan adik kandungnya meninggal dunia di depan mata apabila motosikal ditunggang secara berasingan, hilang kawalan selepas mangsa dipercayai diserang sawan di Kilometer 248.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, mangsa, Muhamad Syukri Ismail, 18, dari Bandar Permaisuri, Terengganu dan abangnya, Muhamad Nor, 37, belum sempat berbuka puasa kerana dalam perjalanan dari Cheras, Kuala Lumpur menghala ke Melaka.


Menurut Muhamad Nor, dia bersama adik bongsunya itu dalam perjalanan ke Kolej Unifil, Melaka dan berhajat berbuka puasa di sana.

“Kami bertolak dari Cheras jam 6 petang dan saya mengiringi adik ke Melaka berikutan risau keselamatannya jika berseorangan menunggang motosikal. “Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba saya yang berada di depan terkejut sebaik melihat cermin sisi motosikal, adik tiba-tiba melanggar penghadang jalan lalu tercampak ke dalam semak berhampiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, kelmarin.


Katanya, dia kemudian berpatah semula menghampiri adiknya sebelum mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia. “Adik tidak sedarkan diri sebelum orang ramai mengerumuni tempat kejadian dan mengesahkan dia sudah meninggal. “Saya reda dengan kehilangannya, namun tidak sangka adik pergi di depan mata sendiri selain dia baru seminggu mendaftar di kolej berkenaan,” katanya.


Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC dari Cheras, Kuala Lumpur menghala ke Alor Gajah, dipercayai diserang sawan menyebabkan motosikal ditunggang terbabas lalu tercampak ke dalam semak di sebelah kiri lebuh raya. “Hasil siasatan mendapati kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain dan abang mangsa mengesahkan adiknya menghidap sawan,” katanya.

“Ketika kejadian, abang mangsa menunggang motosikal berasingan dan berada 10 meter di depan adiknya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah sedih dengan tajuk Adik Maut Akibat Serangan Sawan Semasa Menaiki Motor . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/adik-maut-akibat-serangan-sawan-semasa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 16/07/13

Belum ada komen untuk "Adik Maut Akibat Serangan Sawan Semasa Menaiki Motor "

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman