SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Mati Memakai Seluar Dalam Ketika Pecah Masuk Rumah Jiran

Menurut HM kejadian yang berlaku di Ipoh telah membawa kematian kepada seorang lelaki yang berusia 27 tahun Apa yang peliknya lelaki tersebut hanya memakai seluar dalam ketika cuba pecah masuk ke rumah jirannya melalui tingkap dapur.

Namun lelaki berusia 27 tahun tersebut menemui ajal kerana beliau gagal masuk dalam rumah sebaliknya tersepit di tinggap dapur rumah berkenaan.Kejadian ini berlaku di Taman Saz, Silibin, Pemilik rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata, dia yang baru pulang membantu isterinya berniaga di Pasir Putih terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap belakang dapurnya.

“Sebaik tiba di rumah, saya terdengar jeritan minta tolong dan segera menuju ke arah bunyi itu bagi mengenal pasti apa terjadi.“Sebaik tiba, saya terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap berhampiran dapur dan segera menghubungi polis,” katanya.Menurut Chen, beberapa minit kemudian, polis tiba dan berjaya mengeluarkan lelaki itu, namun mangsa didapati meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sesak nafas akibat tersepit.

TINGKAP bahagian dapur tempat mangsa ditemui meninggal dunia akibat sesak nafas.“Walaupun tiada barang hilang, saya dan isteri membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan kami,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan jam 12.30 tengah malam.

Menurut Sum, anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit selepas dihubungi pemilik rumah itu dan mendapati lelaki terbabit tersepit di tingkap belakang berhampiran sinki.“Mangsa ketika itu hanya memakai seluar dalam manakala pakaian dan kasutnya diletakkan di tepi sinki rumah terbabit, dipercayai bagi memudahkannya memasuki rumah.

“Anggota polis terpaksa memotong besi tingkap terbabit bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi semalam.Sumber berkata, mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.“Hasil bedah siasat oleh unit forensik HRPB mendapati mangsa maut akibat kesukaran bernafas, malah tiada tanda-tanda menunjukkan mangsa dipukul dengan objek keras,” katanya.


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Mati Memakai Seluar Dalam Ketika Pecah Masuk Rumah Jiran. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/mati-memakai-seluar-dalam-ketika-pecah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 21/07/13

1 Komentar untuk "Mati Memakai Seluar Dalam Ketika Pecah Masuk Rumah Jiran"

  1. Tanpa Nama31.7.13

    Ilmu halimunan yang tidak menjadi...

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman