SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Beria-ia mahu memetik strawberi sebelum ajal


Selamat datang ke blog ini admin ingin berkongsi cerita akibat tak dengar nasihat akhirnya maut tertimbus tanah runtuh jom ikutinya lagi dibawah ni.....


Ranau: “Saya sudah melarangnya supaya tidak ke kebun, tetapi dia berkeras mahu memetik strawberi yang masak untuk dijual,” kata Jaima Undaput, 30, menantu Dohumi Kinte, 78, yang dikhuatiri maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilou dekat sini, semalam.


Ketika kejadian pada jam 10.45 pagi, Dohumie dikatakan sedang memetik buah strawberi di kebunnya seorang diri sebelum tiba-tiba bukit dianggar setinggi 500 meter berhampiran kebunnya runtuh lalu menimbus warga emas itu.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan mendapan serta pergerakan tanah susulan hujan lebat sejak petang kelmarin sehingga pagi semalam.

Jaima berkata, sebelum kejadian dia bersama ibu mentuanya itu ke kebun sayur mereka dan sampai di sana, mangsa beria-ia mahu memetik strawberi walaupun dia melarangnya kerana angin kencang.


ANGGOTA polis, bomba dan JPAM bersama orang ramai mencari mangsa yang tertimbus.


“Kejadian berlaku ketika saya pulang ke rumah untuk menghantar sayur pucuk timun. Saya tidak menyedari tanah runtuh berlaku sehingga dimaklumkan penduduk yang bertanyakan di mana ibu mentua saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.




Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah sedih dengan tajuk Beria-ia mahu memetik strawberi sebelum ajal. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/beria-ia-mahu-memetik-strawberi-sebelum.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 17/07/13

Belum ada komen untuk " Beria-ia mahu memetik strawberi sebelum ajal"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman