SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Luahan Isteri Yang Kecewa Suami Main Kayu Tiga

Saya seorang guru dan ingin meminta pandangan berkaitan masalah rumah tangga. Saya sudah berkahwin hampir lima tahun. Saya mencintai suami sepenuh hati.Masalah saya, suami mempunyai hobi suka berfoya-foya. Dia mengaku hal ini. Sebelum ini saya cuba memberi nasihat dan bersabar, tetapi dia tak pernah berubah.

Kami tidak mempunyai anak, malah pemeriksaan doktor mengesahkan sperma suami tak normal.Saya kecewa dengan sikap suami. Malah, sehari sebelum berangkat ke tanah suci untuk melakukan umrah beberapa bulan lalu, dia masih sempat berfoya-foya dengan perempuan lain di tasik selain berjanji keluar makan bersama.Kami pernah bertengkar sehingga saya masuk ke hospital. Saya tertekan mendapat tahu suami berjanji bercuti dengan kekasihnya di Genting Highlands.

Mereka sudah setahun bercinta dan ingin bertunang sedangkan saya menunggunya di rumah. Suami memberikan alasan kerja tak boleh balik. Buat pengetahuan Dr, saya sanggup susah bersamanya walaupun setengah tahun perkahwinan dia tidak memberi nafkah.

Selepas itu saya menerima nafkah melalui potongan gaji kerana suami tentera. Selama berkahwin saya menggunakan duit sendiri untuk perbelanjaan dapur.Malah, saya keluarkan duit membeli motosikal untuknya kerana kewangannya tak stabil. Suami selalu minta duit setiap bulan. Kadangkala gajinya sudah habis dalam masa seminggu.

Ada ketika setiap minggu dia akan minta duit. Jika keluarganya juga memerlukan duit, dia akan minta daripada saya.Sekarang dia bertugas di luar negara. Saya minta dia tinggalkan saya secara baik, tetapi dia tak mahu lepaskan saya. Alasannya dia malu jika orang lain tahu sikapnya yang sebenar dan berjanji untuk berubah.

Bagaimanapun, kepercayaan saya padanya kini sudah hilang. Sukar untuk saya teruskan hidup bersamanya selepas dikhianati berkali-kali.Saya cuba memberitahu ibunya kes terbaru, tapi ibunya tak percaya. Malah, keluarganya menganggap saya cemburu.

Untuk menghadapi masalah ini saya selalu melakukan solat Istikharah minta diberikan petunjuk, tetapi tak nampak apa-apa. Saya tak boleh salahkan suami, mungkin apa yang dia kehendaki tiada pada saya.Saya hendak dia bahagia, tapi tak boleh memaksa diri untuk terus begini lagi. Saya mohon nasihat Dr.

Isteri buntu
Kuala Lumpur


Puan boleh memohon untuk memfasakhkan perkahwinan di mahkamah syariah dengan mengemukakan alasan di atas. Alasan berkenaan diterima syarak.Namun, satu lagi pilihan, puan juga boleh bersabar dengan keadaan yang ada dan menerimanya sebagai ujian Allah kepada puan.

Pilihan pertama lebih baik jika ia membawa kebaikan kepada puan sendiri. Bagaimanapun, fikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum mengambil sebarang keputusan agar tidak menyesal kemudian hari.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info perkahwinan dengan tajuk Luahan Isteri Yang Kecewa Suami Main Kayu Tiga. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/luahan-isteri-yang-kecewa-suami-main.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 30/08/13

31 komentar untuk "Luahan Isteri Yang Kecewa Suami Main Kayu Tiga"

  1. Tanpa Nama30.8.13

    sebenarnya si suami hanya mengambil ksmpatan terhadap isteri lbih baik mintak fasakh lagi pon pasangan nih blom mmpunyai cahayamata jadi tidak ada masalah disitu

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1.9.13

    Baik tinggalkn lelaki begitu.sbb oorg begitu hny mengambil kesempatan sahaja.kalaula kita ni tidak berakal.dh lama lelaki mcm ni kena terajang.xpn sumbat je dlm mesin pembancuh simen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama19.9.13

      betul. tu lagipun suami dia tu tak guna lebih baik masukkan je

      Padam
  3. Kena dgr dari 2 belah pihak, bimbang ade salah fhm.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama1.9.13

    Lelaki xbtggjwb....tinggalkn je xde faedah pon..die hanya tau amek kesempatan..

    BalasPadam
  5. Ni namanya kawin bak elak bujang tp tak mahu pikul thawab. Fasakh kebih baik.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama1.9.13

    Tingglkn je x guna nk tunggu klau perangai mcm ni……

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama1.9.13

    lbh kurg mcm kes sy tp suami sy drug adict..2 thun kawen xada apa2 malah duit sy plak yg dia minta..maka sy ambl keptasan untk bercerai..dan skang sy lbh tenang tanpa dia..dan alhamdulillah jodoh yg lbh baik menanti sy,xguna hdup dgan lelaki yg xtau hrgai wanita..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama1.9.13

    Tinggalkn je lelaki tu..dia xnk coz susah dia nk mintak duit puan...apa pun u should the best for u..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama2.9.13

    Tinggalkan aje laki mcm tu..bukan menbawa pahala di akhirat kelak..ramai lg lelaki menunggu perempuan baik macam akak..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama2.9.13

    dr pengalaman akak mmg tak berubah perangai laki mcm tu.. baik kau tinggalkan jer selagi ada masa kau boleh kawin lain dan dapat zuriat

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama2.9.13

    lelaki kalo pompuan xleh beranak x nyempat2 carik bini lain ngan alasan nak anak... alasan akak mmg kukuh sgt2... suami akak x mampu nk bagi akak zuriat, x mampu bagi nafkah, dan tidak bersikap adil terhadap akak... lawan kat mahkamah syariah mmg kompem menang...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama2.9.13

    Bagi saya jelah perempuan tersebut.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama2.9.13

    Memang sakit untuk akak tinggal kan suami akak, tapi sakit iTu HaNya sementara daripada akak terus meneruskn sakit hidup dengan suami McM tu.. Akak kena kena fikir juga masa depan akak.. Sampai bila akak nak hidup gan suami McM tu.. Insyaallah Ada Lagi Lelaki yg lebih bagus lg untuk akak lepas ni..

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama2.9.13

    Cbe akak pikir..duet yg akak usahekan titik peluh akak laki akak bg kt pompuan tu..

    BalasPadam
  15. Dayus jantan ni.....

    BalasPadam
  16. Dayus jantan ni.....

    BalasPadam
  17. salam....secara peribadi...saya simpati dengan nasib puan..saya rasa elok lah puan berpisah...itu adalah yg...seafdal-afdalnya....kerana dari puan menderita makan hati...eloklah puan bersendiri kerana ramai lagi orang yang senasib seperti puan dan bila berpisah...hidunya lebih aman dan tenteram..puan berkerjaya...dalam soal duit tidak ada masalah.mungkin jugak lepas berpisah puan akan bertemu jodoh lebih baik dari suami sekarang..kalau pun berpisah untuk nak melupan hanya makan masa seketika sahaja...Allah kan ada...berserahlah pada Nya..suami puan ni seorang yang dayus...PENCERAIAN tu adalah yang sebaik-baiknya....walau pun Allah tak suka...tapi kalau dah nak pergi buat umrah pun masih melakukan maksiat suami apa namanya tuu...Fikir-fikirkanlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama2.9.13

      setuju

      Padam
    2. Tanpa Nama2.9.13

      Allah kan ada..i like that word!

      Padam
    3. Tanpa Nama10.9.13

      Setuju..

      Padam
    4. Tanpa Nama10.9.13

      Setuju

      Padam
  18. Tanpa Nama2.9.13

    lelaki mcm ni xkan berubah.. percyalah..

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama10.9.13

    Cari zuriat yg penting so paham sendiri la klau dia tak mampu ....saye boleh klau nak...

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama19.9.13

    Susah nk dpt laki yg betol2 mhargai kita . Tinggal kn je la kak , piki future akn dtg . :)

    BalasPadam
  21. Yg pernah rase19.9.13

    Sabar..sholat tahajud trus menerus jgn berhenti.jgn lupa lepas sholat lima waktu baca yasin n selitkan namanya..sujudlah stelah bace.mohon yg trbaik.bkn menghukum..perlu waktu lama..in shya allah..allah akan kabulkan..tp kuncinya ikhlas klu tu takdir nya..

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama19.9.13

    Sama mcm kes sy,plg teruk,sy ni bru sbln menikah.lg pulak perangai die sblm n lepas kawen,sgt2 la berbeza.terasa mcm tetipu pn ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama25.9.13

      pffft lelaki. kdng2 rse mcm xnak kahwin pun ada. smua prangai mcm hantu.

      Padam
  23. Tanpa Nama13.11.13

    Bimbang dapat AIDS je.. isteri kt uma tak tau ape2 tibe2 disahkan AIDS.. penyakit yg boleh dtgkan fitnah pd si isteri jg,lebih2 lg kuarga lelaki percaya si suami baik... di galak fasakh...

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama13.11.13

    Si ibu mertua sllu xkn percaya ape anak die buat..xpyh la nk buat sbg org tengah..klu xde anak senang utk wat kputusan sbb xterikat dgn mse dpn anak..baik lupekn lelaki mcm tu..lgpn xkn awak xnk ade anak..di suami pn xsedar kekurangan die..

    BalasPadam
  25. anis maher26.2.14

    bagi had masa..cthnya..3 mggu...3 bulan or 3 tahun..jika masih sama n hati masih terluka..it is better for you to find new life and happiness..trust your heart..sekiranya hati sudah terubat..bagilah peluang pd suami..sesungguhnya Allah maha mendengar..berdoa dan terus berdoa..moga suami akan insaf n kembali ke pangkal jln..

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman