SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Pembuat Filem Hina Islam Akhirnya Telah Memeluk Islam

Nama penghina Islam seperti Arnoud Van Doorn mungkin tidak asing lagi, tambahan pula dia merupakan manusia yang bertanggungjawab dalam pembikinan filem yang pernah menaikkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia iaitu Fitna pada tahun 2008..Selain itu, dia juga merupakan teman rapat kepada Geert Wilder, bekas pemimpin Parti Kebebasan (PPV) yang terkenal dengan polisi anti-Islam dan berhaluan liberal di Belanda..Namun, kini Arnoud Van Doorn telah memeluk Islam dan bagaimana dia mendapat hidayah? Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..

Arnoud Van Doorn bukanlah nama baru dalam dunia politik Belanda. Dia aktif bersama PVV, bahkan merupakan salah seorang pucuk pimpinan tertinggi sebagai Timbalan Ketua. Namun, masih terdapat persoalan yang bermain di mindanya. Mengapa partinya selalu memusuhi Islam? Perasaan inilah yang membuatkan Van Doorn teringin mendampingi Islam, hingga dia mula mempelajari apa itu Islam yang sebenarnya.

“Saya kini mula memperdalamkan pengetahuan saya tentang Islam,” kata Van Doorn ketika mengenang waktu awal hidayah Islam mula menghampirinya.



Rasa minat itu membuatkan Van Doorn mula mencari terjemahan Al-Qur’an, hadis, dan buku-buku rujukan Islam. Hari-hari berikutnya, dia lalui dengan membaca dan mengkaji buku-buku itu satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini, Van Doorn hanya tahu mengenai Islam daripada orang-orang yang membenci agama itu sahaja.

Mereka yang dekat dengan Van Doorn sebenarnya tahu bahawa Van Doorn membaca rujukan tentang Islam, tetapi mereka tidak menyangka sama sekali bahawa itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Hal ini kerana dalam dunia mereka, mengkaji sesebuah pemikiran atau suatu akan menjadi lebih faham tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, tidak ramai orang yang mempelajari Islam dan kemudian menyerang kembali agama tersebut.


Van Dorn menghabiskan masa hampir setahun untuk mengkaji al-Qur’an, Sunnah dan beberapa rujukan mengenai Islam. Dia juga sempat berdialog dengan penganut Islam bagi mengetahui lebih lanjut tentang agama yang menarik hatinya itu.

“Orang-orang di sekeliling saya tahu bahawa saya kini aktif meneliti al-Qur’an, sunnah dan tulisan-tulisan lain selama hampir setahun ini. Selain itu, saya juga telah banyak melakukan dialog dengan orang Islam tentang agama,” ujar Doorn dalam satu rancangan siaran Al-Jazeera (English).


Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn menjadi semakin tertarik dengan agama itu. Dia mula merasakan Islam sebagai suatu agama yang sangat istimewa. Meskipun, sebelum ini dia juga mempercayai Kristian sebagai agamanya, namun Van Doorn merasakan agama Islam itu lebih istimewa.

Apa yang selama ini ada dalam kepalanya bahawa Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak bertoleransi, secara membabi buta memusuhi Barat, secara perlahan-lahan mula hilang dari fikirannya. Van Doorn menemui Islam sebagai sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah dia sangka sebelum ini.


Van Doorn juga menemui yang agama Islam adalah agama yang cinta akan kedamaian. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini memfitnah Islam sebagai pengganas dan menyuruh penganutnya melakukan keganasan.

“99% kaum Muslimin adalah mereka yang bekerja keras dan pecinta kedamaian. Sekiranya lebih banyak orang mempelajari agama Islam yang sebenar, semakin banyak orang yang akan melihat keindahan itu,” kata Van Doorn ketika di wawancara oleh MNA.


Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Aboe Khoulani, seorang rakannya yang menjawat jawatan di Dewan Kota Den Haag. Selain dapat menjelaskan Islam dengan lebih jauh, ia juga dapat merapatkan Van Doorn dengan Masjid As-Soennah.

Puncak “pertarungan batin” mula di alami oleh Van Doorn tidak lama kemudian. Adakah dia akan mengikut hidayah yang mula meresapi oleh fitrahnya itu atau hanya menjadikannya sebagai ilmu pengetahuan. Walaubagaimana pun, dia sangat beruntung kerana persoalan itu tidak berlarutan. Setelah yakin dengan Islam, Van Doorn pun mengikrarkan dua kalimah syahadat. Dia kini telah pun menjadi seorang Muslim dan menjadi salah seorang saudara baru bagi kira-kira 1.9 juta umat Islam di Belanda. Tetapi, bagi parti dan pengikutnya, Van Doorn telah dicap sebagai “pengkhianat.” -drysheet.blogspot.com




Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama dengan tajuk Pembuat Filem Hina Islam Akhirnya Telah Memeluk Islam. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/pembuat-filem-hina-islam-akhirnya-telah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 16/08/13

6 komentar untuk "Pembuat Filem Hina Islam Akhirnya Telah Memeluk Islam"

  1. HOPEFULLY......SGT SGT BERHARAP.....ini bukan kepura-puraan untuk menyelamatkan diri setelah jutaan umat Islam marah & terima banyak ugutan bunuh.

    Apa pun, semoga dia dpt petunjuk Allah. Insya Allah.

    BalasPadam
  2. Amin, islam itu indah

    BalasPadam
  3. Amin, islam itu indah

    BalasPadam
  4. Amin, islam itu indah

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman