SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Suami Dimakan Oleh 2 Rakan Sendiri

gambar hiasan
Moscow: Isteri seorang nelayan warga Russia yang hilang di Siberia mendakwa mempunyai bukti menunjukkan suaminya dibunuh dan dimakan dua temannya.Rangka Andrei Kurochkin ditemui di dalam hutan Siberia dengan kesan dan menurut balunya, Olga, bedah siasat menunjukkan dia memang dimakan dua rakannya seperti yang dipercayai selama ini.

Dua nelayan dituduh membawa mayat suaminya semalaman melalui hutan dilitupi salji, memakan daging mangsa hingga tiada apa lagi yang tinggal selepas kenderaan mereka rosak.Kedua-dua kanibal terbabit, Alexei Gorulenko, 35, dan Alexander Abdullaev, 37, masih bebas walaupun seorang daripada mereka mengaku memakan daging teman nelayannya itu sebelum menarik balik pengakuan berkenaan.
 

Lelaki keempat dalam kumpulan itu masih hilang, dikhuatiri sudah mati.Bercakap kepada tabloid Komsomolskaya Pravda, Olga berkata: “Saya mempunyai salinan laporan bedah siasat. Ia mengatakan Andrei dibunuh, tubuhnya dikerat sebelum dimakan.

“Punca kematian jelas sekali bukan disebabkan hiportemia atau kelelahan.”Menurut Olga, bedah siasat mendedahkan suaminya cedera di kepala akibat diserang dengan pisau, menunjukkan dakwaan Gorulenko dan Abdullaev bahawa rakan mereka mati kerana kesejukan tidak benar.

Kedua-duanya ditemui pada 29 November tahun lalu dalam keadaan kurus kering selepas empat sekawan itu menjalani ekspedisi ke timur Russia pada Ogos tahun sama.Gorulenko dan Abdullaev berkata, mereka terpisah daripada dua rakan yang lain. - Agensi



Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Suami Dimakan Oleh 2 Rakan Sendiri. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/suami-dimakan-oleh-2-rakan-sendiri.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 18/08/13

Belum ada komen untuk "Suami Dimakan Oleh 2 Rakan Sendiri"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman