Saya
telah membeli sebuah kenderaan jenama Proton Preve dan kenderaan
tersebut telah dihantar kepada saya pada 27 Ogos 2013. Didapati kereta
yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran WYV XXXX mengalami kerosakan.
Secara kronologi, saya akan huraikan permasalahan yang terjadi.
28 Ogos:
Kereta yang dipakai dan baru berusia sehari telah pun rosak di bahagian
'compartment box' di sebelah penumpang tempat duduk hadapan.
Compartment box tersebut tersekat (jammed) dan tidak boleh dibuka. Pada
mulanya saya fikir terdapat satu 'safety button' untuk membukanya,
tetapi setelah menelefon salesman yang menjual kereta itu kepada saya
(wakil jualan dari Azitin Auto Sdn. Bhd.), beliau hanya mengarahkan saya
untuk merujuk masalah itu kepada pusat servis yang terdekat. Pada hari
yang sama, saya membawa kereta itu ke Pusat Servis Proton (High Power
Auto Sdn. Bhd.) di Desa Pinggiran Putra, Kajang, dan mekanik di situ
cuba menyelesaikan masalah saya. Tetapi gagal, masalah yang sama tetap
berlaku.
30 Ogos:
Saya dapati terdapat kerosakan pada brek
tangan, apabila kereta sudah diparkir, brek ditarik, tetapi brek tidak
'lock', 'handle' nya jatuh secara tiba-tiba dan kereta menggelongsor ke
depan. Mujurlah saya berada di situ dan sempat menahannya dengan tangan
dan saya juga bernasib baik kereta tidak diparkir di tempat yang curam.
Kereta saya hampir melanggar sebuah kereta yang diparkir di hadapan, dan
kalau tidak bernasib baik, saya juga mungkin digilis hidup-hidup.
2 September:
Sekali lagi saya merujuk ke pusat servis yang sama untuk menyelesaikan
masalah saya. Mekanik di situ cuba membaiki handle pada brek tersebut.
Setelah hampir sejam, pembaikan selesai. Apa yang mengejutkan saya,
sejurus selesai menyiapkannya, mekanik tersebut memberitahu yang
kerja-kerja dilakukan tidak mempunyai jaminan keselamatan dan tidak tahu
selama mana ia akan bertahan. Beliau menyuruh saya merujuk masalah
kereta saya ke ibu pejabat Proton di Glennmarie. Memandangkan tiada
kenderaan ganti untuk saya, saya cadangkan kepada mereka untuk membuat
temu janji dahulu sebelum saya ke sana.
Pada hari yang sama
juga, saya telah buat aduan di Facebook Proton Holdings Berhad mengenai
masalah yang saya hadapi, tetapi keesokan harinya baru mereka membalas.
3 September:
Wakil Facebook Proton Holdings Berhad mengatakan, masalah saya sudah
dirujuk dan seorang wakil dari Proton We Care akan menghubungi saya
untuk menilai permasalahan yang dihadapi. Tetapi, tiada wakil Proton We
Care yang menghubungi saya pada hari tersebut.
4 September:
Lebih kurang jam 10.15 pagi, seorang wakil dari Proton We Care bernama
Arif telah menghubungi saya. Cadangan beliau untuk saya merujuk kereta
saya ke pusat servis yang lain amat mengecewakan. Saya hanya bercakap
dengan beliau yang saya hendakkan 'full refund' kalau begitulah tahap
cadangan oleh Proton untuk menyelesaikan masalah saya. Setelah digasak
bertalu-talu, beliau akhirnya mengatakan yang masalah kereta saya perlu
dirujuk kepada 'specialist', dan meminta saya menunggu untuk dihubungi,
tetapi seperti yang saya duga, tiada siapa dari pihak Proton yang
menghubungi saya pada hari tersebut.
Pada hari itu juga saya
mendapati terdapat kerosakan baru di bahagian gear kereta di mana gear
satu dan gear 'reverse' susah untuk masuk.
Saya amat kecewa
dengan kualiti produk oleh Proton walaupun pada hemat saya sebelum ini
kualiti Proton telah dinaik taraf, tetapi sebenarnya ia masih lagi di
takuk lama. Saya rasa sangat tertipu dengan pembelian yang telah dibuat.
Proton seolah olah membekalkan 'kereta rosak' dan berisiko tinggi
kepada pengguna dan hak mereka juga nampaknya tidak terbela.
Dalam kes saya, saya kira saya amat bernasib baik, kerana setakat ini,
kerosakan yang dialami oleh kereta saya tidak membabitkan kemalangan
jiwa. Tetapi kerosakan brek tangan ini adalah kerosakan yang major sebab
ada 'safety issue' dan boleh membahayakan diri saya sebagai pemandu
mahupun pengguna jalan raya yang lain. Saya juga tidak dapat bayangkan,
kalau kereta itu menggelongsor ketika saya tiada didalamnya, ia mungkin
akan menyebabkan kecelakaan yang lebih buruk.
Saya berkira
untuk mendapatkan kereta yang baru memandangkan ini bukan soal yang
remeh, malah melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya. Saya
bercadang untuk meminta Proton membuat 'buy-back' kereta saya dan
digantikan dengan yang baru, atau Proton boleh mengambil semula kereta
saya dan memberikan 'full refund'. Jika kedua-duanya enggan dipersetujui
oleh Proton, maka saya akan cuba dengan jalan undang-undang supaya
dapat saya justifikasikan yang Proton telah 'menyamun' saya.
Saya harap masalah saya ini diambil kira dengan kadar segera
memandangkan saya sedang memandu kereta yang amat 'berisiko' walaupun
usianya BARU SEMINGGU
jika anda ingin membantu atau memberikan cadangan boleh hubungi beliau disini facebook beliau----> Lan Halamy
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Lelaki Kecewa Pengurusan Proton Lepas Tangan. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/lelaki-kecewa-pengurusan-proton-lepas.html. Terima kasih!
Baca Info Gempaq Lain
Related Posts with thumbnails and summary post for bloggerMuka Mamat Ni Poyo Jer Raba Punggung Awek Dalam MRT Kejadian ini dilaporkan berlaku dalam MRT Singapura berdasarkan pengumuman station yang dibuat dalam bahasa Inggeris.Kalau mengikut komen di Facebook, ramai yang bertanya mengapa pihak yang mengamb ... [readmore]
Kepala Sultan Dan Raja Dibawah Tapak Kaki Aku - Ibn Azhar II Bantahan ke atas ketidak-cerdikan (KEBODOHAN) Muhammad Nasri Ibn (bin) Azhar (Ibn Azhar) BERGARIS MERAH = Jelas menunjukkan dia adalah seorang yang suka meninggi diri (sombong) lagi takabbur (m ... [readmore]
Terkini Isu MH370!! Saya Tahu Dimana Loksainya Minta Keluarga Waris Berjumpa Saya - Edison Ahmad Nauvvan TRIBUNNEWS.COM, BATAM - Keberadaan pesawat Malaysia Airlines dengan nomor penerbangan MH370 hilang pada Sabtu 8 Maret 2014 masih misterius. Berbagai cara dilakukan untuk menyibak misteri ini. Mesk ... [readmore]
Pendedahan !!! Punca Utama Kanak-Kanak 2 Tahun Dipenggal Hingga Putus Kepala Satu sumber berkata sebelum dibunuh, mangsa Siti Soffea Emelda, 2 tahun 6 bulan dilarikan daripada jagaan ibunya yang bertemu rakan-rakan di Kompleks Kota Raya.Namun kanak-kanak itu itu hilang dipe ... [readmore]
Bini Orang Kantoi "Tengah Main" Dengan Pakwe Dalam Kereta Sedih sangat... tak cukup suami seorang sanggup curang main dengan lelaki lain jika ada masalah dengan suami selesaikan cara elok tak perlu buat begini.Wanita ini ditangkap ketika sedang beromen da ... [readmore]
Isteri Dalam Proses Cerai Ditangkap Sedang "Projek" Dengan Adik Angkat Dalam Hotel Seorang ibu muda sanggup membawa anak perempuannya berusia tujuh tahun semata-mata untuk bermadu kasih bersama teman lelakinya yang berusia 23 tahun.Difahamkan, wanita berusia 25 tahun dari Teluk ... [readmore]
Punca Kekalahan Dyana Ikuti Pesanan Terakhir Tuan Guru Hadi Awang Sebelum Masuk Hospital Ternyata kekalahan dyana di Teluk intan sebagai tamparan hebat kepada DAP.Kekalahan DAP yang diwakili Dyana berpunca daripada mereka sendiri justeru sebagai Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang kesal ... [readmore]
Empat Gambar Anak Muda Isap Puting Dalam Parti Liar Kita semua perlu menerima hakikat bahawa para belia dan generasi anak2 muda seperti inilah yang bakal menjadi pemimpin dan mencorakkan generasi2 yang akan. Aku yakin kebanyakannya adalah anak2 Mela ... [readmore]
Patung Seks Untuk Lelaki Kesepian Dijual Pada Harga RM540 Memang mengejutkan!!!! selpas ini kaum lelaki tak perlu kahwin jika hantaran terlalu tinggi dengan bermodalkan RM540 boleh memiliki sebuah patung seks yang berfngsi seperti wanita asli.Ini yang adm ... [readmore]
Gadis 14 Tahun Diperkosa Dalam Rumah Oleh Lelaki Yang Tidak Dikenali MIRI - Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, malam tadi.Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee ... [readmore]
Ditulis oleh:
Unknown - 8/09/13
report KPDNKK
BalasPadamServices poton ni dah la lambat, mahal melampau2, kualiti services tah ape2 tah, rela gi workshop luar, cepat n puas ati
BalasPadamCuba rujuk kepada pusat aduan pengguna.kes seperti ini sepatutnya mendapat pembelaan.proton sebuah syarikat besar,berada di seluruh Malaysia,jika begini cara layanan yang di terima oleh saudara pengadu.kesan nya amat besar kepada Proton.Proton keluaran Malaysia,dan kita ni RAKYAT Malaysia,sepatutnya kita mendapat yang terbaik dari pengeluaran negara sendiri. sebagai contoh kepada pengguna luar.semoga ada penyelesaian untuk kes saudara.
BalasPadamPreve manual je ni... Preve cfe mmg best...
BalasPadamkasihan kpd tuan punya kereta....saya pun pengguna preve..baru seminggu...alhamdllh setakat ni memuaskn dan tiada masalah...
BalasPadambuat report polis agar buat siasat kenapa pihak pengeluar lepas tangan dalam hal keselamatan produk yg dijual terutamanya kenderaan bermotor/enjin yg memungkinkan anda mengalami kemalangan jiwa...bukan menghasut sekadar memberi cadangan agar siasatan dapat dijalankan kenapa anda perlu alami masalah demikian sedangkan kenderaan yg dibeli adalah yg baru,
BalasPadamSaya cadangkan en buat saman keatas proton. Sebab proton memang kereta no kualiti yg dijual mahal. Jgn biarkan ceo proton terlepas dgn menipu rakyat malaysia
BalasPadamkesian betul kt tuan kereta ni..gua pakai proton inspira..belah 200++ highway sampai skrg mantop lagi..
BalasPadam