SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Tips Untuk Behenti Dari Merokok

Jika anda adalah perokok, untuk berhenti merokok boleh menjadi salah satu perkara yang paling penting yang pernah anda lakukan. Keputusan and a untuk berhenti merokok juga akan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda.

Walaupun ramai orang cuba untuk berhenti merokok dan gagal, ia bukan satu tugas yang mustahil. Beribu-ribu orang, sama seperti anda, telah mengambil keputusan untuk berhenti merokok dan telah berjaya. Anda juga boleh menjadi antara yang berjaya. Berikut adalah lima tips yang akan membantu anda untuk berhenti merokok:

 1. Berazam anda akan berhenti merokok mulai hari ini

Kejayaan dalam segala bidang kehidupan bermula dengan keazaman yang kuat. Jika anda tidak mempunyai azam yang kuat anda tidak akan mampu berbuat apa-apa. Walau bagaimanapun, jika anda telah tekad dan bersungguh-sungguh anda tidak akan mudah terpengaruh untuk merokok semula bila keinginan untuk merokok datang.

2. Banyakkan bersenam dan sibukkan diri dengan kerja-kerja

Jika anda hanya duduk diam sahaja, kemungkinan besar untuk anda menghisap rokok adalah tinggi. Jadi isi masa lapang anda dengan bersenam atau sibukkan diri anda dengan apa saja aktiviti yang boleh membuatkan anda lupa pada rokok.

3. Elakkan tempat-tempat yang akan menyebabkan anda merokok semula

Jika sebelum ini anda selalu keluar bersama rakan-rakan ke kedai mamak atau pun tempat-tempat lain yang mendekatkan anda dengan rokok, anda disarankan untuk tidak pergi ke tempat-tempat tersebut buat sementara waktu. Hanya jika anda yakin anda tidak akan “tergoda” lagi dengan rokok, barulah anda pergi semula ke tempat-tempat tersebut. Tetapi semasa anda berada dalam fasa peralihan adalah lebih baik untuk berhati-hati memilih di mana anda akan menghabiskan masa lapang anda.



kandungan dalam rokok

4. Jika anda ingin merokok, kunyahlah sesuatu

Apabila anda mendapat keinginan untuk meletakkan rokok di mulut anda, gantikannya dengan sesuatu yang akan membantu anda dan bukannya memudaratkan anda. Minum sedikit air sepanjang hari ini bukan sahaja cara yang baik untuk membantu anda berhenti merokok, tetapi ia juga merupakan cara yang baik untuk kekal sihat. Anda juga boleh menyediakan gula-gula dalam poket anda dan bila anda terasa hendak merokok, anda boleh menggantikannya dengan gula-gula yang anda bawa.

5. Dapatkan sokongan daripada rakan-rakan anda dan keluarga bila ingin berhenti merokok

Beritahu mereka bahawa anda ingin berhenti merokok atas sebab-sebab kesihatan. Rakan-rakan sebenar anda akan menyokong anda dan tidak menawarkan anda rokok. Keluarga dan orang-orang tersayang anda akan juga menyokong usaha-usaha anda dan membantu anda untuk mengelakkan situasi di mana anda mungkin berasa wajib untuk merokok daripada tekanan sosial.


sumber:
berhentimerokokjom.blogspot.com

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info kesihatan dengan tajuk Tips Untuk Behenti Dari Merokok. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/tips-untuk-behenti-dari-merokok.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 1/09/13

2 komentar untuk "Tips Untuk Behenti Dari Merokok"

Geng Blogger

Putera Izman