SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Derita Isteri Dapat Suami Syaitan

Suami Syaitan | “Saya sangka dia baik hati dan penyayang. Harapan itu tinggal harapan selepas lima tahun bersamanya,” kata Aina, 35, wanita tempatan yang berkahwin dengan warga Pakistan sejak lima tahun lalu.Menurut Aina, selepas enam bulan berkahwin, suami yang dikahwini atas dasar cinta itu mula menunjukkan ‘belang’ apabila sering memukul dan membelasahnya saban hari di rumah mereka di Bandar Tun Razak, Cheras.

Katanya, dia hanya mengetahui pekerjaan sebenar suaminya yang menjalankan kegiatan mengedar dadah, setahun lalu.“Saya dikahwini hanya sebagai batu loncatan untuk suami tinggal di negara ini, selain memudahkannya melakukan aktiviti pengedaran dadah,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Aina berkata, tidak tahan dengan perbuatan kejam suaminya selain mahu keluar daripada masalah rumah tangganya, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, awal April lalu.Menceritakan semula hubungannya dengan warga Pakistan itu, Aina berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada penghujung 2009 selepas diperkenalkan beberapa rakan.

“Pada awal perkahwinan, suami bekerja sebagai penjual permaidani serta berperangai baik dan sopan santun. Tidak pernah marah selain tidak pernah meninggalkan solat. Rupa-rupanya, itu semua hanya lakonan semata-mata.

“Selepas enam bulan berkahwin, suami sering mencari salah sebelum memukul saya. Suami juga sering menampar dan menendang saya sesuka hati.“Saya malu untuk membuat laporan polis dan ia (penderaan) berterusan hinggalah usia perkahwinan memasuki tahun kelima,” katanya.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Derita Isteri Dapat Suami Syaitan. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/05/derita-isteri-dapat-suami-syaitan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 11/05/14

Belum ada komen untuk "Derita Isteri Dapat Suami Syaitan"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman