SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Tragedi Hari Ibu | Mayat Anak Hilang Tiba-Tiba Timbul Selepas Ibunya Berdoa

Allah SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.

Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa.Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak soleh jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia.

Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang soleh akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).

SEMPENA Hari Ibu, kami ingin menyorot kembali satu kisah benar yang terjadi pada Disember tahun lalu melibatkan seorang remaja, Muhammad Hanif Jainuri yang berusia 18 tahun.

1514645_245920195577076_1873372060_n-610x457 (1)

Muhammad Hanif hilang dalam tragedi lemas berdekatan Gua Teluk Bidara, Terengganu.Usaha mencari mangsa oleh pasukan penyelamat menemui jalan buntu susulan ombak besar dan arus kuat di pantai berdekatan gua itu

Namun mangsa seolah-olah ‘menunggu’ kehadiran ibunya apabila ia tiba-tiba timbul sebaik saja ibunya tiba di lokasi kejadian.

 “Hanif, mak datang, timbul Hanif, timbul Hanif,” seru Tuminah Taib, 54, sebelum mayat anak lelakinya,, timbul di permukaan laut .

Menurut Tuminah, dia menerima berita sedih itu ketika berada di tempat kerjanya di Senggerang Johor, kira-kira jam 2 petang pada hari kejadian dan bertolak ke Dungun pada sebelah malamnya.

Katanya, pada malam Jumaat, sebelum kejadian menimpa mangsa, dia bermimpi jatuh dalam gaung yang dalam berdekatan sebuah bukit, namun tidak mengesyaki apa-apa petanda buruk dan beranggapan ia hanya mainan tidur.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan sebelum tiba di Dungun, dia hanya berdoa agar mayat anaknya segera ditemui dan sebaik sampai di bandar Dungun kira-kira jam 4.30 pagi semalam, Tuminah terus pergi ke tempat kejadian bagi mengetahui nasib anaknya.

“Mak cik berdiri di tepi pantai, jerit namanya beberapa kali, naluri ibu dapat rasa dia ada di sini nak jumpa makcik.

“Ia benar-benar berlaku, doa makcik dimakbulkan tuhan. Seketika kemudian, mayat Hanif timbul dan berjaya ditemui,” katanya.

Tuminah menganggap kejadian itu adalah ketentuan Tuhan. Hanif timbul selepas hampir 24 jam di tempat dia hilang ketika mandi bersama tiga rakan baiknya termasuk seorang daripadanya, Ahmad Shukrie Eiman Romainor yang turut menjadi korban dalam tragedi hujung minggu itu.

Itulah yang dikatakan berkat doa seorang ibu…-mynewhub

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info wanita dengan tajuk Tragedi Hari Ibu | Mayat Anak Hilang Tiba-Tiba Timbul Selepas Ibunya Berdoa . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/05/tragedi-hari-ibu-mayat-anak-hilang-tiba.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 11/05/14

Belum ada komen untuk "Tragedi Hari Ibu | Mayat Anak Hilang Tiba-Tiba Timbul Selepas Ibunya Berdoa "

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman