Akibat asmara di Tasik Titiwangsa | Kuala Lumpur: Tindakan seorang pekerja sebuah syarikat telekomunikasi dan rakannya memadu kasih di tepi Tasik Titiwangsa, di sini, pada waktu awal pagi sebaliknya mengundang malang apabila mangsa diserang sekumpulan ‘ninja’ bersenjatakan pedang samurai.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 23 tahun dan rakannya berusia 20-an itu diserang lebih tujuh lelaki menaiki motosikal model Yamaha 125Z.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Nor Azman Muhamad Yusuf berkata, rakan mangsa dilaporkan cedera di tangan kanan dan peha kiri akibat ditetak seorang suspek kerana cuba melawan.
Menurutnya, semua suspek memakai jaket berwarna hitam dan topi keledar tutup penuh muka ketika kejadian.“Suspek dikatakan menyerang kedua-dua mangsa yang sedang duduk di tepi tasik berkenaan.“Mereka memaksa mangsa menyerahkan dompet duit termasuk melarikan sebuah motosikal model Honda EX5 milik mangsa,” katanya.
Difahamkan, mangsa pada mulanya menyangka kumpulan lelaki terbabit adalah polis yang sedang membuat pemeriksaan selepas diminta menyerahkan MyKad.“Suspek yang membawa lampu picit menyuluh ke arah mangsa dan rakannya.
Bagaimanapun, mereka tiba-tiba mengacukan pedang samurai dan mengarahkan kedua-duanya menyerahkan dompet dan barang berharga.“Mangsa dikatakan cuba melawan dan melarikan diri, namun terkena libasan parang pada tangan dan peha.Suspek kemudian bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan manakala kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
sumber:realitiabadi
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Pasangan Ringan-Ringan Tepi Tasik Titiwangsa Diserang Dengan Pedang Samurai. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/05/pasangan-ringan-ringan-tepi-tasik.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 7/05/14
Belum ada komen untuk "Pasangan Ringan-Ringan Tepi Tasik Titiwangsa Diserang Dengan Pedang Samurai"
Catat Ulasan