SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Janda Sedekah Duit Hasil Urut Batin Ke Masjid Bertujuan Untuk Cuci Dosa

Dua beranak ditahan di sebuah kondominium di Puchong, dekat sini, kerana menawarkan khidmat urut badan ke badan kepada pelanggan lelaki ketagih seks beberapa hari lalu, mengaku menggunakan ‘wang panas’ hasil kerja haram itu bagi menjamu jemaah masjid di Petaling Jaya, pada setiap Jumaat.

Pengakuan mengejutkan ibu dan anak masing-masing berusia 45 dan 25 tahun itu didedahkan selepas mereka ditahan dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kondominium milik wanita terbabit yang turut digunakan bagi menawarkan pakej seks dan urut badan ke badan selepas Maghrib sehingga tengah malam.

Wanita terbabit ditahan selepas dikesan sedang menawarkan pakej khas membabitkan seks dan urut ghairah berkenaan kepada seorang pelanggan yang juga kakitangan kerajaan berusia 30-an, kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketika disoal siasat, mereka mengaku meraih keuntungan lumayan antara RM150 hingga RM300 bagi setiap khidmat urut istimewa mengikut pakej disajikan kepada pelanggan kebanyakannya menghadapi masalah rumah tangga atau lelaki ketagih seks. Setiap hari, dua beranak dipercayai melayan beberapa pelanggan.

Malah, lebih mengejutkan si ibu mengaku kepada pegawai penguat kuasa Jais, bahawa mereka menggunakan wang hasil urut dan seks istimewa itu di jalan baik, iaitu dengan bersedekah dan menjamu jemaah masjid kononnya bagi menghapuskan dosa maksiat yang dilakukan bersama anaknya.

Ibu tunggal itu membuat pengakuan pelik kepada Pengarah Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, yang turut serta dalam serbuan di rumahnya didapati turut menyediakan bilik khas bagi memudahkan dua beranak itu melayan pelanggan.

Sambil mengakui terkejut dengan pengakuan wanita terbabit, Shahrom berkata, serbuan dibuat selepas Jais mendapat maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral dua beranak itu.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ramai lagi tukang urut berahi yang menawarkan servis badan ke badan selain memberi layanan seks kepada pelanggan, turut menggunakan pendekatan sama iaitu menderma dan menganjurkan jamuan menggunakan wang haram diperoleh di masjid kononnya bagi mendapat pahala.

Menurutnya, perbuatan itu jelas menunjukkan kecetekan pengetahuan agama golongan terbabit kemungkinan turut memperoleh dan mempelajari ilmu salah daripada ‘tok guru songsang’.

“Kumpulan wanita jenis ini dari segi akhlak memang sudah jauh tersasar kerana bagi mereka wang segala-galanya walaupun dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (walaupun untuk sumber rezeki tetapi caranya haram dan ia tetap haram).

“Mereka perlu ingat setiap daging tumbuh hasil benda haram, maka api neraka yang akan membakar diri mereka,” katanya, semalam.

Oleh itu, Shahrom berkata, pengurusan masjid yang menyedari sumber haram itu wajar tidak menerima wang berkenaan terutama bagi menjamu jemaah selain untuk pengurusan masjid.

Beliau berkata, dua beranak terbabit bakal dihadapkan ke mahkamah syariah mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor atas kesalahan maksiat dilakukan mereka.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Janda Sedekah Duit Hasil Urut Batin Ke Masjid Bertujuan Untuk Cuci Dosa. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/05/janda-sedekah-duit-hasil-urut-batin-ke.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 1/05/14

3 komentar untuk "Janda Sedekah Duit Hasil Urut Batin Ke Masjid Bertujuan Untuk Cuci Dosa"

  1. niat tak menghalalkan cara ni..

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman