SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Pelajar Mati Terjun Dari Bangunan Umno

Georgetown: ‘Mak, ayah, jaga diri baik-baik’.Demikian nota dalam bahasa Mandarin ditinggalkan seorang wanita yang juga pelajar kolej ditemui mati dengan kecederaan teruk di kepala dan perut di tepi Bangunan UMNO, Jalan Macalister, di sini, semalam.

Difahamkan, akibat tekanan perasaan untuk menghadapi peperiksaan, pelajar berkenaan disyaki terjun dari Bangunan UMNO sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan telentang dan berlumuran darah pada jam 8.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati mangsa, Tieu Hooi Theng, 20-an, dari Taman Mesra, Butterworth dipercayai bertindak demikian akibat tekanan yang dihadapi ketika menduduki peperiksaan.

MAYAT Tieu ditemui orang ramai dengan kesan kecederaan di kepala dan perut.Beliau berkata, mayat mangsa ditemui orang ramai dengan kecederaan teruk di kepala dan perut dipercayai akibat terjatuh ke atas bumbung zink di bahagian parkir di tepi bangunan berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian, polis menemui sepasang kasut, telefon bimbit dan kunci kereta dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tepi tangga di tingkat 18 bangunan berkenaan.

“Mangsa dipercayai membunuh diri dengan terjun dari koridor tangga di tingkat 18 berdasarkan kepada kedudukan tempat si mati jatuh.

“Polis turut menemui beberapa barang milik mangsa termasuk kasut, telefon bimbit dan kunci kereta serta kereta Perodua Viva yang diletakkan berhampiran Bangunan UMNO.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Pelajar Mati Terjun Dari Bangunan Umno. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/05/pelajar-mati-terjun-dari-bangunan-umno.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 13/05/14

Belum ada komen untuk "Pelajar Mati Terjun Dari Bangunan Umno"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman