SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Tragedi Cinta Berdarah Ditikam Dengan Gunting Hingga Mati

Tragedi Cinta Berdarah | Petaling Jaya: Hilang akal akibat cintanya ditolak menyebabkan seorang lelaki tergamak menikam teman wanitanya sebelum nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Kelana Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa seorang tukang jahit, Salmah Lok, 43, ditemui maut ditikam di perut menggunakan gunting di ruang tamu rumahnya terletak di Jalan 9A/12, Sungei Way, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang juga pemilik kedai jahit ditemui mati oleh seorang pelanggannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh malam kelmarin sebelum mayatnya yang terbaring berlumuran darah ditemui.“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kota Belud, Sabah itu ditikam beberapa kali di perut menggunakan gunting.

“Senjata digunakan untuk membunuh mangsa ditemui di lokasi kejadian. Pihak polis percaya kejadian bunuh itu ada hubung kait dengan masalah cinta,” katanya, semalam.

Menurutnya sebaik siasatan di lokasi pembunuhan selesai sekitar jam 4 petang, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari pangsapuri kurang 1 kilometer dari rumah mangsa wanita itu.

“Sebaik tiba di lokasi kedua, pihak polis mendapati mayat seorang lelaki ditemui terbaring di bumbung stor pangsapuri itu.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info percintaan dengan tajuk Tragedi Cinta Berdarah Ditikam Dengan Gunting Hingga Mati. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/05/tragedi-cinta-berdarah-ditikam-dengan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 1/05/14

2 komentar untuk "Tragedi Cinta Berdarah Ditikam Dengan Gunting Hingga Mati"

Geng Blogger

Putera Izman