SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Isteri Risau Darah Keluar Seperti Darah Haid Semasa "Bersama"

Saya melahirkan anak secara normal pada 30 Januari lalu. Doktor memasukkan implanon pada 4 Februari sebelum dibenarkan keluar hospital sebagai cara pencegahan kehamilan kerana saya mengalami masalah ‘mitral regurgitation’.Haid pertama saya datang setelah bersalin pada 10 April dan tamat pada 14 April. Darah haid saya hanya sedikit.

Masalahnya, ada darah keluar selepas saya bersama suami dan darah berkenaan seolah-olah darah haid. Suami saya menggunakan kondom untuk perlindungan semasa bersama. Saya pula was-was sama ada boleh bersolat atau sebaliknya.

Apakah pandangan doktor? Adakah saya perlu mengeluarkan implan terbabit?


Rohaya,

Kuala Lumpur


Sudahkah anda menjalani ujian Pap smear? Sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor apabila mengalami masalah ini? Kaedah implan boleh memberikan masalah haid, saya pasti doktor anda sudah memaklumkannya terlebih dulu.

Lazimnya ia menyebabkan haid menjadi sedikit saja atau tiada langsung, tetapi ia juga boleh memberikan perubahan seperti yang anda alami. Bagaimanapun, memandangkan masalah haid terbabit juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti penyakit serviks, eloklah ia diperiksa terlebih dulu.

Implan adalah antara kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan. Saya musykil mengapa suami anda masih perlu menggunakan kondom.


sumber:Metro

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info wanita dengan tajuk Isteri Risau Darah Keluar Seperti Darah Haid Semasa "Bersama". Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/05/isteri-risau-darah-keluar-seperti-darah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 1/05/14

2 komentar untuk "Isteri Risau Darah Keluar Seperti Darah Haid Semasa "Bersama""

Geng Blogger

Putera Izman