SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Izzue Islam Terima Komen Negatif Pasal Perkahwinannya



Jejaka hensem sudah kahwin walaupun usianya masih muda lagi...jodoh kawin muda walaupun pasangannya agak berumur....apapun semoga usia tidak menjadi pehalang untuk mereka bahagia selalu...jom baca lagi dibawah


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menganggap komen-komen berbaur negatif yang diterimanya kerana mengahwini wanita yang lebih berusia bukan satu masalah.

Izzue, 23, berkata, apa yang lebih penting dia mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang baik dan tidak mahu mempedulikan perkara negatif lain.


“Saya dan isteri ada membaca komen-komen negatif tentang perkahwinan kami tetapi itu bukan masalah besar kerana yang berkahwin itu adalah kami dan paling penting ia mendapat restu keluarga.

“Kami tidak ambil hati pun apa yang orang ingin kata kerana ia adalah kehidupan kami dan Alhamdulillah kami semakin bahagia sejak bergelar suami isteri,” katanya kepada mStar Online.

Izzue dan Nurinafilah Waharudin, 31, yang juga pengurusnya selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun pada 2 Jun lalu.

Bagaimanapun tindakan Nurinafilah atau lebih mesra dengan sapaan Awin yang pada mulanya enggan mendedahkan usia sebenarnya telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan peminat.

Dalam pada itu, Izzue berkata, dia semakin bahagia dengan perkahwinan tersebut dan mula merasakan perubahan dalam dirinya sebagai seorang lelaki.

Jelas Izzue, semua perkara yang dilakukannya demi membahagiakan isteri berharap keluarga mereka akan bertambah secepat mungkin.

“Alhamdulillah walaupun ada yang mengecam tetapi lebih ramai yang mendoakan kebahagiaan kami berdua dan indah sebenarnya alam perkahwinan ini.

“Pada diri saya sendiri juga banyak perubahan yang saya alami dan berharap rumah tangga kami akan diserikan dengan cahaya mata secepat mungkin,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Izzue berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri 36 episod berjudul Sahabat terbitan Suhan Movies.

Bagaimanapun dia dan Awin sudah berjanji akan meluangkan masa untuk berbuka bersama-sama sepanjang bulan Ramadan ini.

“Jika tidak sibuk saya akan balik ke rumah untuk berbuka bersama-sama dan jika mempunyai urusan kami tetap berbuka bersama-sama di restoran atau pun lokasi penggambaran,” katanya.

Selain itu, dia bersama kumpulan Forteen sedang giat mempromosikan single terbaharu mereka berjudul Kita.



Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia hiburan dengan tajuk Izzue Islam Terima Komen Negatif Pasal Perkahwinannya. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/izzue-islam-terima-komen-negatif-pasal.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 15/07/13

2 komentar untuk "Izzue Islam Terima Komen Negatif Pasal Perkahwinannya"

Geng Blogger

Putera Izman