SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Mangsa Hampir Putus Leher Semasa Kejadian Menyamun



Selamat Datang Dan Selamat  Menunaikan Ibadah Puasa Semoga Anda Akan Selalu Singgah Ke blog Memang Gempaq Untuk Menambah Ilmu.....


Bentong:
Berang kerana permintaannya tidak ditunaikan seorang penyamun menetak leher seorang pekerja lelaki menggunakan parang mengakibatkan mangsa parah dalam kejadian samun sebuah kedai menjual motosikal di Karak, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, suspek bersama seorang lagi rakannya yang juga bersenjatakan parang turut mencederakan seorang pelanggan yang ketika itu melihat model motosikal di kedai berkenaan.


Menceritakan semula detik cemas itu, mangsa, Chong Meng Foo, 23, berkata, sebelum kejadian, dia melayan seorang pelanggan yang hendak membeli motosikal sebelum melihat dua suspek masuk dalam kedainya namun dia menyangka mereka pelanggannya.

Menurutnya, bagaimanapun, seorang daripada suspek menghampirinya lalu mencekup leher pelanggan yang berbual dengannya.


Katanya, dia yang terkejut dengan tindakan suspek cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun suspek mengejarnya sebelum memaksanya masuk semula dalam kedai.


“Suspek meminta saya menyerahkan semua wang dalam dompet termasuk memaksa saya menyerahkan kunci peti besi kedai. “Suspek tiba-tiba naik angin selepas saya enggan memberikan kunci peti besi itu dan melibas parang ke leher saya,” katanya.

Katanya, suspek turut mencederakan majikannya yang menjerit meminta tolong ketika mereka menggeledah mesin juruwang kedai berkenaan.


Menurutnya, selepas memperoleh wang RM3,000 yang diambil dalam laci kaunter, kedua-dua suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal Yamaha 125Z yang dicuri dari kedai berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.









Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Mangsa Hampir Putus Leher Semasa Kejadian Menyamun. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/mangsa-hampir-putus-leher-semasa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 15/07/13

Belum ada komen untuk "Mangsa Hampir Putus Leher Semasa Kejadian Menyamun"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman