SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Suami Naik Berang Apabila Tahu Isteri Periksa H.p

Si suami naik berang apabila dapat tahu isterinya periksa hp ketika dia sedang mandi.....hal kecil tapi dibesarkan jadilah pergaduhan yang teruk....kasian isteri jadi mangsa habis satu badan lebam akibat dipukul oleh suami tadi.....jom baca dibawah



Klang: Berang dengan tindakan isteri membaca SMS berbaur cinta dalam telefon bimbitnya, seorang lelaki sanggup membelasah isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Telok Gadong, di sini, Khamis lalu.

Wanita itu dikatakan mengalami kecederaan pada bahu, lengan dan belakang badan akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba ‘naik angin’ selepas dipersoal mengenai pengirim SMS yang juga seorang wanita jam 2.15 petang.


Menurut sumber, pada mulanya mangsa yang berusia 19 tahun hanya memeriksa telefon bimbit lelaki yang dikahwininya sejak beberapa bulan lalu itu secara suka-suka ketika suaminya sedang mandi.

“Sewaktu membelek telefon bimbit suaminya itu dan secara kebetulan satu SMS dihantar ke telefon bimbit suaminya itu. Tanpa curiga, dia terus membaca kandungan SMS itu dan terkejut apabila mendapati SMS itu mengandungi kata-kata cinta kepada suaminya.



“Mangsa kemudian terus membaca semua SMS diterima dari nombor itu sebelum bertanyakan suaminya mengenai perkara itu untuk mendapatkan kepastian,” katanya.


Sumber berkata, selepas mendapati isterinya memeriksa telefon bimbit miliknya tanpa pengetahuannya, suaminya terus berang dan menengking wanita terbabit sehingga berlaku pertikaman lidah.

Katanya, mangsa tetap mendesak agar suaminya mengaku menjalin hubungan sulit dengan pengirim SMS berkenaan.


“Hilang sabar dengan desakan itu, mangsa dipukul di badan dan tangan sehingga lebam,” katanya.

“Selepas melihat mangsa menangis teresak-esak, suaminya terus keluar dari rumah,” katanya.


Beliau berkata, mangsa kemudian datang ke Balai Polis Klang, membuat laporan polis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan.




Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Suami Naik Berang Apabila Tahu Isteri Periksa H.p. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/suami-naik-berang-apabila-tahu-isteri.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 16/07/13

3 komentar untuk "Suami Naik Berang Apabila Tahu Isteri Periksa H.p"

  1. suami ada gf lain la tu.. sbb tu mara sgt

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman