SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Peragut Terbabas Semasa Merangut Mangsa

Nasib tak menyebelahi perompak ini apabila sudah selesai merompak dirinya pula kemalangan...buat keja tak berkat....jom ikutinya dibawah
Melaka: Cubaan seorang penjenayah melarikan beg tangan diragut tidak berpanjangan apabila motosikal dinaiki terbabas selepas bergesel dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Tun Seri Lanang-Jalan Bendahara, di sini, sebelum dicekup dua lelaki yang mengejarnya, semalam.


Dalam kejadian 11.30 pagi, lelaki terbabit menunggang dari arah Jalan Munshi Abdullah dipercayai mahu masuk ke Jalan Bendahara sebelum terbabit kemalangan dengan kereta selepas meragut beg tangan seorang wanita warga emas berusia 59 tahun yang menaiki motosikal bersama suaminya beberapa minit sebelum itu.

Sebaik terjatuh, suspek berusia awal 40-an bangun meninggalkan motosikal dan beg tangan diragut lalu ke arah bahu jalan serta menyembunyikan dompet bersama telefon bimbit milik mangsa di bahagian kotak pasu bunga di lokasi berhampiran.

Bagaimanapun, malang baginya apabila dua lelaki yang menyaksikan kejadian ragut di Jalan Munshi Abdullah berhampiran sebuah bank tiba di tempat kejadian dan terus menahannya sebelum diserahkan kepada polis.


SUSPEK ditahan selepas terbabas dalam kemalangan.


Saksi kejadian Shahril Abu, 23, berkata, ketika kejadian dia membonceng motosikal ditunggang rakannya dan berhenti di persimpangan sebelum melihat suspek menarik beg tangan seorang warga emas wanita menaiki motosikal bersama suaminya.






Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Peragut Terbabas Semasa Merangut Mangsa. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/peragut-terbabas-semasa-merangut-mangsa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 16/07/13

2 komentar untuk "Peragut Terbabas Semasa Merangut Mangsa"

Geng Blogger

Putera Izman