SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Betul Ker Kamal Adli TAKUT Nak Jadi Ketua Keluarga...



Sepasang Kekasih Yang Sudah Lama Bercinta Tetapi Tidak Bila Nak Akhiri Zaman Bujangnya....JOM BACA DIBAWAH...

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli mengakui masih belum bersedia dan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama kekasihnya iaitu aktres Intan Ladyana.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, bagaimanapun berkata, itu bukan bererti dia tidak serius dalam hubungan tersebut sebaliknya mengakui masih banyak perkara perlu dilaksanakan sebelum melangkah ke alam rumah tangga.


“Saya belum mendapat ‘seru’ lagi untuk berkahwin dan sementara itu saya sedang melengkapkan diri untuk ke arah tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Terbaharu Gaya Metropolitan Alfio Raldo di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.

Kamal dan Intan turut dijemput untuk menjayakan pertunjukan fesyen dengan mengayakan koleksi jam tangan terbaharu jenama itu.

Dalam perkembangan sama, Kamal berkata dia takut untuk berkahwin selepas melihat beberapa kenalan artis yang gagal mempertahankan rumah tangga mereka.

Oleh sebab itu kata Kamal, dia mahu mempersiapkan diri dengan ilmu berumah tangga selain menyediakan kelengkapan untuk bakal isterinya supaya tidak timbul masalah selepas berkahwin.

“Saya tidak mahu berkahwin hanya kerana ingin puaskan hati orang lain tetapi hanya bila saya dan Intan benar-benar bersedia yang akhirnya akan menghancurkan kami.

“Banyak perkara yang sedang saya fahami dan pelajari sekarang ini dalam mempersiapkan diri. Insya-Allah tiba jodoh pasti kami akan bersatu,” jelasnya.

Sementara itu, Intan atau nama sebenarnya Nurladyana Mohamat Yahya, 31, berkata, sebagai seorang perempuan dia meletakkan soal tersebut kepada pihak lelaki untuk membuat keputusan dan tidak mempunyai masalah dengan pendirian teman lelakinya itu.

“Soal ini saya tidak boleh nak kata lebih-lebih kerana tidak manis namun hubungan kami berjalan dengan baik dan kami saling mempercayai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal memberitahu dia kini sibuk menjalani penggambaran beberapa buah drama untuk siaran pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.






Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia hiburan dengan tajuk Betul Ker Kamal Adli TAKUT Nak Jadi Ketua Keluarga.... Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/betul-ker-kamal-adli-takut-nak-jadi.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 8/07/13

2 komentar untuk "Betul Ker Kamal Adli TAKUT Nak Jadi Ketua Keluarga..."

  1. kalo takut nikah tak usahlah pacaran, tapi kalo sudah berani pacaran segeralah nikah :-)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama24.7.13

    Betul betul betul...... :)

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman