SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Cara Betul Nak Tidur Dalam Islam Dan Kesannya

Selamat Datang Dan Selamat Membaca Info Yang Telah Admin Sediakan Untuk Pembaca Setia nie.....


TIDUR NABI MUHAMMAD SAW : (ringkasan dari artikel asal)

1. Berwudhuk, mengiring sebelah kanan, dan berdoa.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud : "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)".


2. Membaca 3 Kul, kemudian menyapukan keseluruh badan

Menurut Ummul Mukminin Aisyah ra. Beliau berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, baginda akan menghinmpunkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At-Tirmidzi , Lihat Kitab Syamail Muhammad cet Telaga Biru, hlm 167-168 )

3. Tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) berbantalkan tangan kanan.

Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Nabi melarang tidur menelungkup

Hadis ini bermaksud : Tidak dibenarkan terlungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya samada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur terlungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang shohih)


Adab-Adab Lain Sebelum Tidur

Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab-adab tidur yang menjadi amalan Nabi s.a.w dan salafussoleh ialah :

1. Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
2. Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
3. Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
4. Tidur dalam keadaan suci.
5. Tidur dalam keadaan berwudhuk.
6. Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi s.a.w sebelum tidur.
7. Bercelak dengan celak.Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud : Henaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. ( riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim )
8. Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur.Ini adalah berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud : Orang yang tidak tidur hingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
9. Mengibaskan tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan bismilLah seperti riwayat al-Tirmizi.
10. Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
11.posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan.


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama dengan tajuk Cara Betul Nak Tidur Dalam Islam Dan Kesannya. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/cara-betul-nak-tidur-dalam-islam-dan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 9/07/13

2 komentar untuk "Cara Betul Nak Tidur Dalam Islam Dan Kesannya"

Geng Blogger

Putera Izman