SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Derita Isteri Diseksa Suami Pada Bulan Ramadhan

Memang Sedih!! itulah yang dapat admin katakan apabila seorang isteri yang sepatutnya jang di jaga dengan baik diseksa sedekian rupa.Kepada wanita diluar sana info ini sebagai pengajaran untuk anda jangan mudah jatuh hati kepada seseorang yang hanya baru mengenalinya.Banyak kes begini telah berlaku sebelum kahwin memang sopan dah anak 2 mula tunjuk berang apapun ikuti kisah penuh derita si isteri diseksa suami pada bulan ramadhan

Kuala Lumpur: Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya.    Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.












Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Derita Isteri Diseksa Suami Pada Bulan Ramadhan. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/derita-isteri-diseksa-suami-pada-bulan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 14/07/13

5 komentar untuk "Derita Isteri Diseksa Suami Pada Bulan Ramadhan"

  1. Tanpa Nama14.7.13

    Klo camtu ambik tindakan yg secepatnya...nk dlama2kn lg...alamat Allahyarhamah isterinya tu

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama14.7.13

    Knapela mcmtu.sptotnye hargai istri.ksianyela.


    BalasPadam
  3. Tanpa Nama14.7.13

    Kepada si isteri..nak tggu apa lagi...jgn biarkan awk terus dikejam begitu lagi...buat tindakan sewajarnya sementara blm ada zuriat ni...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama14.7.13

    Knapa dia nak brsahur sgt? Nak puasa ke @ nak tahan lapar ja wktu siang nanti! Mcm ni punya manusia pn ada ka? Kejam dr haiwan! Mana tau hukum hakam Allah! Mana tau nk puasa! Dia bengang sbb isteri xkejut mkn sbb nanti siang dia xbley mkan dah! Pk lah wahai isteri, jgn tgu lg! Xguna hd0p dgn manusia yg mcm 2!!!

    BalasPadam
  5. wanita ada hak.gnakn hak itu sebaik2nya. klau suami mndera scara mental pn da bleh buat aduan n pm0h0nan talak d mahkamah. ini tggu smpai dera fzikal.better chiaw cpt2.klau ad ank nnti ank pn tumpang malang.lg byk yg mnderita. x matilah klau xde llki.. drpd dpt llki cm2. yg penting kna cinta n taat pd Allah. pasti Allah akn jaga dgn sebaik2nya

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman