SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Dilema Seorang Pelajar Menyintai Guru Sendiri Yang Berstatus Suami Orang

Saya berada dalam dilema kerana mencintai guru sendiri. Kami bercinta sejak saya sekolah rendah dan dia mengajar saya ketika itu.Malah ketika itu dia sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi masih berniat untuk melamar saya sebagai isteri kedua.

Sekarang umur saya menjangkau 20 tahun dan kami masih bersama. Saya masih setia dan tidak pernah membuka pintu hati kepada lelaki lain. Saya tidak tahu kenapa saya terlalu cintakannya mungkin kerana dia banyak membantu saya sampai sekarang.

Dalam hati kecil terselit perasaan bersalah pada isterinya. Isteri dia juga guru saya dan pernah mencurahkan ilmu kepada saya. Saya bimbang hubungan ini mendapat tentangan keluarga kerana perbezaan usia kami yang terlalu jauh dan statusnya sebagai suami orang.


Dia terlalu berharap menikahi saya. Dia sanggup menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk mengukuhkan ekonomi demi memperisterikan saya. Saya sangat buntu Dang Setia.

NELLY
Kuantan, Pahang

Inilah penangan cinta buta. Biarpun menyedari kemungkinan saudari bakal berdepan dengan halangan daripada keluarga serta isteri kekasih, saudari masih setia menghadapinya. Bagi Dang Setia, meskipun perasaan cinta itu tulus, namun ia kedengaran bukan satu tindakan wajar.

Pada Dang Setia, eloklah rujuk terlebih dulu dengan ibu bapa saudari kerana restu mereka penting untuk kebahagiaan dalam kehidupan kelak.

Malah bagi pihak dia pula, seharusnya kekasih yang juga guru saudari berterus-terang dengan isteri mengenai hubungan cintanya bersama saudari.

Andai hubungan cinta saudari hanya memberi lebih banyak penderitaan, timbangkan kebaikan saudari berkorban perasaan itu.

Dang Setia bimbang perasaan cinta yang didorong nafsu itu hanya mencipta lebih banyak permusuhan kelak membinasakan diri saudari.

Bayangkan situasi andai saudari berada di tempat isterinya, adakah saudari sendiri sudi bermadu dengan bekas anak murid sendiri?

Di situ saudari sendiri sudah tahu jawapannya boleh membantu saudari membuat pertimbangan wajar.

Saudari masih muda dan cuba luaskan pergaulan serta memikirkan komitmen sesuai dengan usia saudari. Jangan terburu-buru kerana dikaburi perasaan ‘cinta majnun’.


























Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info wanita dengan tajuk Dilema Seorang Pelajar Menyintai Guru Sendiri Yang Berstatus Suami Orang. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/dilema-seorang-pelajar-menyintai-guru.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 3/07/13

2 komentar untuk "Dilema Seorang Pelajar Menyintai Guru Sendiri Yang Berstatus Suami Orang"

Geng Blogger

Putera Izman